IBU hamil ada pelbagai ragam latahnya. Salah satunya perasaan malas untuk memasak. Mungkin ramai diantara kita mungkin tidak pernah mengalami perkara ini dan menganggap ini agak keterlaluan atau mengada-ngada.

Tetapi, inilah salah satu dari salah satu ragam ibu hamil yang perlu anda fahami. Lebih-lebih buat para suami.

SEBAB WANITA MALAS MASAK KETIKA HAMIL

  1. LOYA BAU MAKANAN

  • Tidak boleh hidu sesetengah bau makanan. Contohnya bau bawang, bau tumisan, bau nasi yang menggelegak dan pelbagai lagi. Boleh mual dan muntah jika terbau.
  • Ini disebabkan jumlah plasma (aliran darah) dalam tubuh ibu mengandung akan meningkat sehingga 50 peratus dalam tempoh kehamilan.
  • Apa-apa yang bergerak dari darah anda ke otak menjadi lebih cepat dan dalam kuantiti yang lebih besar berbanding biasa.
  • Disebabkan deria hidu yang semakin sensitif, ibu menjadi sangat responsif terhadap ba.
  •  esetengah pakar juga berpendapat bahawa ia bertindak sebagai mekanisma perlindungan bagi menjauhkan ibu mengandung daripada menghidu atau memakan makanan yang membahayakan kesihatannya.

BACA>>>> Baik dan Buruk Makan Peria untuk Ibu Hamil

2. DERIA RASA BERUBAH

  • Sudah tentu deria rasa juga akan berubah bila deria bau seseorang berubah dan tidak lagi berfungsi seperti selalu.
  • Contohnya kalau kita selsema dan susah menghidu, biasanya kita jadi kurang berselera atau ‘teringin’ pula hendak makan sesuatu yang lain.
  • Bila rasa sudah berubah, susahlah hendak merasa makanan yang dimasak.
  • Bila memasak, rasa macam ada saja yang tidak kena. Rasa masakan pun macam tidak sedap seperti selalu.

3. LETIH

  • Mungkin sesetengah menganggap letih ini perkara biasa.
  • Para suami kena faham bahawa berlakunya banyak perubahan pada sistem tubuh isteri sepanjang proses kehamilan.
  • Sepanjang trimester pertama terutamanya, tubuh akan bekerja lebih kuat untuk proses membuat uri (plasenta) iaitu satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda.
  • Pada akhir trimester pula, perut akan semakin membesar hingga menyukarkan ibu untuk bergerak dengan banyak.
  • Tahap hormon dan metabolisma anda juga sedang berubah dengan pesat, gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Ini menyebabkan ibu mengandung menjadi menjadi terlalu letih.

BACA>>>> 13 Manfaat Air Kelapa Muda yang Perlu Ibu Hamil Minum

4. TIADA SELERA MAKAN

  • Kedua-dua deria bau dan rasa ini memainkan peranan penting dalam selera seseorang.
  • Seseorang yang tidak berselera hendak makan sudah tentu akan rasa kurang semangat untuk memasak.
  • Bila tidak makan dengan baik, tubuh pun akan menjadi lemah.
  • Daya fokus dan minda pula semakin kurang efisyen. Puas difikirnya dari pagi sampai petang, tidak tahu hendak masak apa.

5. TIADA RASA HENDAK MEMASAK

  • Ketidakstabilan emosi bukanlah sesuatu yang dibuat-buat oleh wanita, terutamanya yang sedang mengandung.
  • Menurut BabyCenter, tahap hormon pada tubuh ibu mengandung sedang memuncak apabila jumlah estrogen dan progesteron dalam badan meningkat.
  • Peningkatan hormon ini boleh menjejaskan mood, lalu membuatkan ibu mengandung rasa sedih, bercelaru, bimbang atau begitu mudah tersentuh.
  • Rasa celaru ini boleh menjejaskan rutin harian seseorang.

Akhir kata, sebagai suami kenalah bersedia kemungkinan yang boleh berlaku sepanjang kehamilan disebabkan turun naiknya hormon dalam badan isteri.

BACA>>>> Kenapa Ada Ibu Hamil Mengalami Sakit Kepala Selepas Mengambil Vitamin?

SUMBERMother and Baby

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda