MASIH kosong selepas beberapa tahun melayari bahtera perkahwinan mengundang keresahan buat pasangan suami isteri. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Masihkah ada peluang buat kita untuk menjadi mama dan papa?

CARA TAHU WAKTU SUBUR WANITA

SEMASA TELUR DIKELUARKAN

  • Ketika telur dikeluarkan, inilah masa subur wanita.
  • Anda juga boleh tahu waktu subur dengan melihat pusingan haid sendiri.
  • Jika hendak hamil, anda disarankan melakukan hubungan intim dalam tempoh subur.

UKUR SUHU BADAN

  • Selain itu, waktu subur juga boleh diketahui dengan mengukur suhu badan.
  • Catat suhu badan dengan termometer (ovulation thermometer).
  • Caranya, catat suhu badan sebaik sahaja bangun daripada tidur iaitu sebelum mandi.
  • Masukkan termometer ke dalam mulut selama 2 hingga 3 minit.
  • Biasanya suhu badn akan turun sedikit pada hari pengeluaran telur dan akan naik sebanyak 0.2 darjah celcius.

MASALAH KESUBURAN LELAKI

  • Bagi lelaki, masalah kesuburan selalunya dikaitkan dengan sperma yang tidak normal.
  • Jangka hayat sperma terlalu singkat atau terdapat masalah ejakulasi.
  • Perkara ini berlaku di atas beberapa faktor. Antaranya, keradangan testis, mengalami bengkak pada salur darah testis, pemgambilan alkohol, dadah, merokok, hormon tidak normal, terdedah kepada bahan kimia beracun, salur testis tersumbat akibat jangkitan kuman dan pemakaian seluar terlalu ketat.

Walaupun wujud pelbagai masalah, ini bukanlah bermakna dunia kita sudah gelap. Ada banyak cara yang boleh dilakukan! Berikut merupaka 11 tip kesuburan buat wanita dan lelaki.

TIP KESUBURAN LELAKI

1. BETIK TINGKATKAN KESUBURAN

  • Buah betik kaya dengan vitamin C dan merupakan antioksidan yang baik untuk tubuh.
  • Pada masa yang sama, buah ini juga dikatakan mampu meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma.
  • Kekurangan vitamin C juga boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma.
  • Ambil 500 miligram vitamin C setiap hari.

2. BANYAK PENGAMBILAN ZINK

  • Zink dikatakan mampu mengaktifkan sperma.
  • Bagaimanapun, jangan ambil zink lebih daripada 30 miligram sehari.
  • Makanan sumber zink ialah daging merah, bijirin, kekacang, makanan laut dan produk tenusu.

3. BERHENTI MEROKOK

  • Selain dari merosakkan paru-paru, merokok boleh merosakkan membran sperma untuk mencapai sel telur.
  • Jadi, jika anda sedang merokok dan masih mempunyai cita-cita mendapat zuriat, boleh perlahan-lahan berhenti ok.

4. PAKAI SELUAR LONGGAR

  • Pemakaian selur longgar dapat memastikan suhu alat kelamin terkawal iaitu tidak terlalu panas.
  • Ini dapat merangsang pengeluaran sperma.

5. KEBERSIHAN MAKANAN

  • Pengambilan buah-buahan dan sayuran segar sangat digalakkan.
  • Bagaimanapun, pastikan sayur dan buah yang dimakan dibersihkan dengan betul.
  • Racun serangga yang digunakan untuk mengawal serangan makhluk perosak pada sayur dan buah boleh menjejaskan tahap kesuburan seseorang.
  • Caranya, rendam buah atau sayur yang akan dimakan dengan air garam.
  • Lebih baik lagi, makan sayur dan buah jenis organik.

6. MINUM AIR KOSONG

  • Pengambilan air kosong sebanyak 2 liter sehari dikatakan boleh meningkatkan kesuburan dan kesihatan sperma.

TIP KESUBURAN WANITA

1. JAGA PEMAKANAN

  • Elakkan pengambilan sesetengah jenis makanan dan minuman seperti makanan ringan, jeruk, makanan segera, minuman berakohol dan air gas.

2. KAWAL BERAT BADAN

  • Berusahalah untuk mendapatkan berat badan yang seimbang.
  • Obesiti boleh mengganggu proses pengeluaran telur.

3. AMALKAN SENAMAN BERKALA

  • Bersenamlah secara tetap dan teratur.
  • Senaman bukan sahaja menyihatkan badan tetapi juga membantu mengekalkan berat badan.

4. HATI-HATI AMBIL UBAT

  • Ketahuilah bahawa kebanyakkan ubat seperti anti kemurungan, pil tahan sakit dan antibiotik boleh memberi kesan terhadap kesuburan.
  • Ambil hanya ubat yang disarankan oleh doktor.

5. PERIKSA RAHIM

  • Masalah dalam rahim seperti endometriosis, fibroid atau cyst boleh menjejaskan peluang untuk hamil.
  • Jadi, penting untuk kita mengetahui keadaan rahim sendiri.

Selepas berusaha dan ikhtiar, akhir sekali kita hanya boleh berdoa dan serahkan segalanya pada Allah S.W.T.

Baca juga artikel yang membincangkan tentang masalah kesuburan lelak Azoospermia: Sperma Tiada dalam Air Mani Punca Masalah Kesuburan Lelaki.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda