MEMANG comel sungguh bila nampak bayi kita dipakaikan dengan barang kemas baik gelang, rantai, cincin mahupun anting-anting. Bagaimanapun, jika ibu dan ayah berhasrat untuk tindikkan bayi yang masih kecil terutamanya berusia di bawah 6 bulan, baiklah tangguh dahulu niat itu.

Menurut Dr.Zubaidi Hj Ahmad, jika tidak dirawat atau dibiarkan, luka tindik boleh meyebabkan kuman tetanus. Bahayanya kuman ini, ia boleh menyebabkan bayi kekejangan dan mengalami sawan.

PANDUAN TINDIK TELINGAN BAYI

1. PROSEDUR BERSIH DAN SELAMAT

Prosedur tindik telingan anak mesti dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak berlaku jangkitan kuman pada cuping telinga.

Menindik sebaiknya dilakukan di klinik kerana doktor menggunakan jarum pakai buang yang telah disterilkan. Malah, doktor juga akan membius cuping telingan sebelum menindik.

2. TELAH MENDAPAT SUNTIKAN (DTAP)

Pastikan anak telah disuntik dengn vaksin diphteria-tetanus-pertussis (DTap) yang melindunginya darip kuma tetanus.

Banyak kes jangkitan kuman yang menyebabkan kejang dan sawan berpunca dari luka tindikkan.

BACA>>>> Was-Was Bawa Anak Perempuan Bersunat? Baca Perkongsian Doktor Ini

3. BAYI BERUSIA 6 BULAN KE ATAS

Bayi secara umumnya mempunyai daya tahan yang lemah berbanding orang dewasa. Oleh itu, tunggu sehingga bayi berusia 6 bulan ke atas, barulah tindik telinganya.

4. PILIHAN MATERIAL ANTING-ANTING

Pilih anting-anting yang diperbuat daripada bahan berkualiti dan tidak menyebabkan alahan seperti emas, platinum dan titanium. Anting-anting yang diperbuat daripada kromonium (mudah berkarat) boleh menyebabkan radang dan alahan pada cuping telinga.

5. KEPENTINGAN 6 MINGGU PERTAMA

Kita juga disarankan agar memberi perhatian pada luka tindikkan dalam masa 6 minggu pertama. Cuci bahagian tindikkan itu menggunakan air bersih bagi mengelakkan jangkitan kuman serta alahan.

Tidak salah untuk kita tindik telinga si manja. Bagaimanapun, tunggulah sehingga usianya sesuai untuk ditindik. Juga, pastikan kita ikuti panduan dan syarat menindik telinga bayi seperti yang dikongsikan oleh Dr. Zubaidi.

BACA>>>> 5 Salah Faham Tentang Suntikan Vaksin yang Kita Perlu Tahu

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda