SETIAP kali tiba Ramadan, ibu yang ada anak kecil pasti terlepas menunaikan solat Terawih. Mahu dibawa anak berterawih ke masjid atau surau, takut pula mengganggu jemaah lain.

Jangan sedih, walaupun ada anak kecil, kita masih boleh menunaikan sendiri solat Terawih di rumah = dengan lebih tenang. Ini kerana Solat Terawih boleh dilakukan selepas menunaikan solat Isyak sepanjang malam sampai ke subuh.

Jadi memang boleh kita bersolat Terawih selepas anak tidur. Berikut panduan menunaikan solat Terawih 8 rakaat di rumah.

NIAT SOLAT SUNAT TARAWIH (SECARA SENDIRIAN) – 8 RAKAAT

 “Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.”

1. SOLAT PERTAMA

  • Rakaat pertama
    – Baca Al-Fatihah
    – Baca Surah Al-Takasur
  • Rakaat Kedua
    – Baca Al-Fatihah
    – Baca Surah Al-Asr

Selepas solat pertama (dua rakaat), bangun dan dirikan lagi 2 rakaat untuk solat kedua. Lafaz niat sama seperti di atas.

2. SOLAT KEDUA

  • Rakaat Pertama
    – Baca Al-Fatihah
    – Baca Surah Al-Humazah
  • Rakaat Kedua
    – Baca Al-Fatihah
    – Baca Surah Al-Fill

Selepas selesai solat kedua (dua rakaat) ini, baca doa berikut:

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Sesungguhnya kami bermohon kepada-Mu akan keredhaan-Mu dan kami berlindung engkau Maha Pengampun, Maha Mulia dan suka mengampuni, Yang Maha Pemurah, maka ampunilah aku.”

Selesai berdoa, bangun dan sambung lagi solat Tarawih untuk dua rakaat bagi solat ketiga dan dua rakaat lagi untuk solat yang keempat.

3. SOLAT KETIGA

  • Rakaat Pertama
    – Baca Al-Fatihah
    – Baca Surah Al-Quraisy
  • Rakaat Kedua
    – Baca Al-Fatihah
    – Baca Surah Al-Ma’un

Selepas selesai solat ketiga (dua rakaat) ini, bangun dan dirikan lagi dua rakaat untuk solat yang keempat. Lafaz niatnya adalah sama seperti di atas.

4. SOLAT KEEMPAT

  • Rakaat Pertama
    – Baca Al-Fatihah
    – Baca Surah Al-Kafirun
  • Rakaat Kedua
    – Baca Al-Fatihah
    – Baca Surah An-Nasr

Selepas solat keempat ini, baca doa sama seperti di atas. Juga, boleh membaca doa lebih panjang. Mohonlah apa juga permintaan dan permohonan kepada Allah SWT.


Dalam satu solat, ada dua rakaat dan jumlah solat didirikan ialah empat kali. Maka, cukup 8 rakaat. Surah yang perlu dibaca dalam setiap rakaat juga boleh ditukar, bergantung kepada hafalan masing-masing. (Boleh baca mana-mana surah yang diingati).

Maka, selesailah sudah solat sunat Tarawih 8 rakaat jika dilakukan secara sendirian. Sudah selesai solat Tarawih, dirikan juga solat sunat Witir sebanyak tiga rakaat atau satu rakaat (paling minima).

SUMBER: Tazkirah.Net

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda