BAGI ibu muda atau yang bakal melahirkan nanti, sudah tentu kita akan merasa kekok di saat kali pertama ingin memandikan bayi.

Dengan saiz bayi yang sangat kecil, sudah tentu kita risau bayi tergelincir dari tapak tangan, terjatuh, air terlalu sejuk dan bermacam hal yang membelenggu fikiran. Ditambah pula dengan perasaan gugup yang bercampur-baur.

Jadi, ada baiknya kita belajar teknik dan cara yang betul untuk mandikan bayi sebagai persedian menyambut si comel.

PANDUAN LENGKAP DAN CARA MANDIKAN BAYI BARU LAHIR

  •  WAKTU TEPAT

Pilih waktu yang tepat untuk mandikan bayi di mana tiada sebarang gangguan pada waktu tersebut. Jangan sesekali tinggalkan bayi walau sesaat.

Jika ada perkara yang mengganggu dan memerlukan anda meninggalkan tempat mandi, selimutkan bayi dengan tuala dan bawa bersama bayi anda.

  •  PERIKSA KEBERSIHAN

Periksa kalau ada najis atau tidak sebelum mandikan bayi. Pastikan punggung bayi dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian, tanggalkan pakaian bayi dengan menahan leher dan kepala bayi dengan lembut.

  • SUHU AIR

Sebaiknya air jangan terlalu panas atau terlalu sejuk. Campuran air panas akan memberikan suhu air yang suam bagi mandian bayi.

Cara untuk menguji suhu air: Uji dengan menggunakan siku ibu. Ini penting bagi mengelakkan kulit melecur. Jangan sesekali campur air panas semasa bayi berada di dalam air.

Sebaiknya air hendaklah di paras menutupi bahu bayi semasa dimandikan. Gunakan sabun khusus bayi yang lembut dengan pH seimbang, yang sesuai untuk kulit bayi.

  • PASTIKAN BERSIH

Cuci tangan dengan bersih bagi meminimumkan mikroorganisma dan mencegah berlakunya jangkitan silang.


CARA CUCI BAHAGIAN MUKA BAYI

1. Perah kapas bagi tujuan mencuci muka bayi. Cuci muka bayi mengikut turutan menggunakan satu sapuan, satu kapas.

2. Mulakan cucian dari mata kanan bayi

  • Cuci dari dalam ke luar
  • Ulang langkah di atas bagi mata yang sebelah lagi
  • Cuci dahi dari atas ke tepi hidung kanan dan pipi hingga ke belakang telinga
  • Ulang langkah sama untuk dahi sebelah kiri.
  • Cuci hidung dari atas ke bawah dan sekeliling mulut hingga ke dagu
  • Ulang langkah yang sama untuk hidung sebelah lagi
  • Cuci sekeliling mulut.

BACA>>>> 20 Panduan Asas Penjagaan Bayi yang Perlu Anda Tahu


CARA MANDIKAN KEPALA BAYI 

  1. Tutup kedua-dua telinga bayi dengan ibu jari dan jari telunjuk.
  2. Cuci rambut bayi secara perlahan-lahan dengan gerakan bulatan menggunakan syampu.
  3. Bilas rambut bayi dengan bersih menggunakan tangan dominan.
  4. Keringkan kepala dan rambut perlahan-lahan.

CARA MANDIKAN BADAN BAYI

  1. Masukkan bayi ke dalam besen dengan kepalanya terletak di atas lengan tangan yang tidak dominan.
  2. Pegang bayi dengan kemas secara meletakkan tangan yang tidak dominan di bawah ketiak bayi.
  3. Sabun kedua-dua tangan dan bilas bersih.
  4. Sabun bahagian depan badan, celah peha, dan kedua kaki kemudian bilas bersih.
  5. Tiarap bayi secara perlahan di atas lengan tangan yang tidak dominan dengan selamat sambil memegang ketiak bayi.
  6. Sabun belakang bayi dan bilas dengan air sehingga bersih.
  7. Keluarkan bayi dari besen.
  8. Letak bayi di atas tuala mandi. Keringkan bayi bagi mencegah hipotermia.

CARA CUCI TALI PUSAT

Cucian adalah mengikut turutan kerana pangkal tali pusat bayi baru lahir adalah lebih bersih berbanding dengan dasar pusat;

  • Pangkal tali pusat yang terpotong secara bulatan
  • Kiri tali pusat secara memanjang
  • Kanan tali pusat secara memanjang
  • Depan tali pusat secara memanjang
  • Belakang tali pusat secara memanjang
  • Sekeliling klam tali pusat (bahagian atas) dari kiri ke kanan
  • Sekeliling tali pusat (bahagian bawah) dari kiri ke kanan
  • Dasar pusat secara membulat

Dedahkan tali pusat. Tali pusat yang dibiarkan terdedah kepada udara akan mempercepatkan pengeringan dan penyembuhan.

BACA>>>> Bagaimanakah Jaga Tali Pusat Bayi Baru Lahir?


SIKAT RAMBUT

Sebelum memakaikan pakaian, luangkan sedikit masa memberi urutan kepada bayi. Bayi sangat sukakan kepada urutan.

Selain dapat memupuk kemesraan, ia juga dapat beri ketenangan pada bayi. Gunakan losyen pelembap yang sesuai atau minyak telon bagi melakukan urutan bayi. Kemusian, pakaikan pakaian bayi.


PERINGATAN

  • Jangan mandi terlalu lama. Cukup sekadar 3 ke 5 minit sahaja.
  • Sebaiknya bayi dimandikan 2 kali sehari.
  • Jadikan rutin mandikan bayi pada waktu dan masa yang sama setiap hari kerana ia dapat memberikan isyarat kepada bayi untuk mengetahui waktu tidurnya selepas waktu tersebut.
  • Sekiranya anda masih belum berani memandikan bayi di dalam tab mandi, gunakan span atau kain lembut sebagai pengelap badan bayi sehingga bersih.

BACA>>>> Benarkah Bayi Mandi Air Sejuk Tulang Jadi Kuat?

SUMBER:HospitalBersalinSukhilmi

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda