AIR memang penting bagi ibu yang menyusu. Tetapi faktanya, minum air banyak sebenarnya TIDAK meningkatkan bekalan susu!

Risau bulan puasa nanti bekalan susu akan berkurang? Ya, ibu yang menyusukan anak akan rasa cepat lapar dan dahaga sebab banyak tenaga digunakan sepanjang penyusuan. Jadi, ibu harus sentiasa mengambil makanan dan minuman mengikut keperluan supaya fungsi asas dalam badan berjalan baik.

BETUL ATAU TIDAK MINUM AIR BANYAK, SUSU BANYAK?

Selalu kita dengar, mesti minum air banyak ketika menyusu. Sebenarnya, air diperlukan untuk menghilangkan rasa dahaga sahaja dan ia tidak meningkatkan penghasilan susu.


JADUAL MINUM AIR BAGI IBU MENYUSU

Ibu dinasihatkan minum 2 liter air sehari (8 gelas). Sediakan 2 liter air kosong dalam botol dan minum sedikit demi sedikit bermula waktu berbuka hingga sahur.

  • Awal berbuka – 2 gelas
  • Selepas Maghrib – 1 gelas
  • Sebelum Isyak – 1 gelas
  • Selepas Isyak atau ketika Terawih – 1 gelas
  • Selepas Terawih – 1 gelas
  • Sebelum tidur – 1 gelas
  • Bangun sahur – 1 gelas

Selain minum air kosong, ibu juga boleh mengambil buah-buahan, minuman bersusu dan sup kosong. Elakkan kafein, teh, dan kopi segera yang boleh menyebabkan dehidrasi.

BUAH-BUAHAN DIGALAKKAN 

Buah juga kaya dengan kandungan air dan sumber serat. Antara buah yang baik diambil sebagai sumber air:

* % – air

  • Tembikai dan strawberi – 92%
  • Anggur – 91%
  • Tembikai susu –  90%
  • Pic – 88%
  • Nanas, oren, kranberi dan rasberi – 87%
  • Aprikot – 86%
  • Bluberi dan plum – 85%
  • Epal – 84%
  • Pisang – 74%

JAGA DIET, KERAP MENYUSU DAN MENGEPAM

Selain air, menjaga diet, rehat dan emosi juga dapat membantu menghasilkan susu ibu. Penghasilan susu juga bergantung kepada berapa kerap anak menyusu. Lebih kerap menyusu, lebih banyak penghasilan susu.

Bagi ibu bekerja, jangan lupa mengepam susu di tempat kerja kira-kira 3 atau 3 jam sekali. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa, tetapi kurangnya rangsangan pengeluaran susu.

MADU DAN KURMA SEBAGAI PENGGALAK SUSU @ MILK BOOSTER

Sebagai sumber tenaga, ibu digalakkan ambil madu setiap hari. Kurma juga mampu memberi tenaga segera kepada badan dan dipercayai sebagai makanan untuk tambah susu badan.

Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan 700 kalori sehari. Jadi, walaupun berpuasa, pastikan ibu tetap mengambil makanan tiga kali sehari atau ketika sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur.

SUMBERBabyCentre

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda