SEKARANG muncul trend terbaharu, anak dibawa ke pusat spa bayi atau baby spa yang kini semakin banyak dibuka. Jadi, tiada lagi halangan untuk ibu bapa memilih mana-mana pusat spa bayi terbaik pada harga mampu milik.

Asasnya, spa bayi ialah rawatan yang bertujuan memberikan stimulasi positif terhadap bayi berusia seawal 3 minggu hingga 3 tahun. Mari kita lihat manfaat spa bayi:

1. TAMBAH NAFSU MAKAN

Apabila melakukan spa, anak akan lebih aktif bergerak dan mula rasa penat dan lapar. Keadaan ini membuatkan anak bernafsu untuk makan, dan melancarkan sistem pencernaan.

2. LANCAR PEREDARAN DARAH

Gerakan tanpa tekanan ketika dalam air dapat mengelakkan anak stres. Hal ini dapat melancarkan peredaran darah dan meningkatkan kesihatan jantung.

3. TINGKAT DAYA TANGKAP

Ketika berenang, bayi akan memberikan respon positif terhadap benda yang dilihat dan disentuh. Keadaan ini meningkatkan fungsi motorik yang dapat membuat bayi makin cerdas, berdikari, ceria dan tidak mudah menangis.

4. TINGKAT KUALITI TIDUR

Rawatan ini dapat menjadikan jaringan otot menjadi lebih kuat dan sihat serta mengelak masalah kekejangan otot. Ini dapat membuatkan bayi cepat tidur, sekali gus meningkatkan kualiti tidur.

5. BAIKI SISTEM PERNAFASAN 

Pergerakan dalam air akan menbuatkan denyutan jantung bayi dan sistem pernafasan berdenyut pantas. Bayi juga jadi lebih berani dan yakin ketika dalam air.

6. AKTIF BERGERAK

Kesan daripada aktiviti dilakukan dalam air, bayi akan jadi lebih aktif bergerak seperti merangkak dan berjalan.

7. PERTUMBUHAN TULANG LEBIH CEPAT

Urutan lembut diiringi gerakan apungan dalam air dapat mempercepatkan pertumbuhan dan menambah kepadatan tulang. Spa bayi memang mampu melatih otot dan tulang anak supaya lebih kuat dan sihat.

8. TAMBAH BERAT BADAN

Penelitian ke atas bayi yang mendapatkan rawatan spa bayi menunjukkan peningkatan berat badan 47 peratus berbanding bayi yang tidak ke pusat rawatan. Ini membuktikan metod urutan memang berkesan dalam menambah berat badan bayi.

9. TINGKAT KESIHATAN KULIT

Urutan sangat bermanfaat untuk menjaga kesihatan kulit bayi, terutama apabila menggunakan minyak khas yang dapat membuat kulit bayi lembab selain menstabilkan suhu panas pada kulit.

10. PERKEMBANGAN PESAT 

Perkembangan bayi lebih cepat dan lebih matang dari segi kognitif, motorik dan tingkah laku. Bayi yang lahir pra-matang sesuai melakukan spa bayi kerana akan mempercepatkan perkembangannya.

11. BERI STIMULASI

Otak anak akan membina sel baharu ketika berendam dalam air yang akan membentuk hubungan antara saraf (untuk jadi lebih baik melalui pelbagai stimulasi) dan rangsangan seperti urutan, air hangat dan aroma minyak.


Bagaimanapun, kita perlu berhati-hati dan ada beberapa faktor perlu dititik beratkan sebelum bawa anak ke pusat spa bayi seperti berikut:

1. KEADAAN BAYI

Pastikan anak kenyang dan tidak mengantuk bagi mengelakkan mereka menangis ketika sesi rawatan. Penting juga pastikan anak tidak demam atau selsema, kerana keadaan itu akan memudaratkan sakit.

2. TEMPAT YANG BERSIH 

Pilih pusat spa bayi yang menawarkan servis terbaik dari segi penyaringan air kolam hingga jenis bahan kimia digunakan dalam kolam bagi mengelak risiko penyakit, virus dan bakteria.

3. KESEDIAAN BAYI

Lihat sama ada anak sudah sedia untuk menjalani rawatan spa bayi kerana sesetengah bayi memiliki perkembangan dan sistem imun badan berbeza. Jadi, pastikan anak kita betul-betul bersedia sebelum dibawa ke spa bayi.

SUMBER: Bidanku.com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda