NAHHHH…..walaupun Kim Kardashian sentiasa menutup muka dengan solekan tebal, tetapi kita tidak dapat menolak bahawa beliau sememangnya memiliki kulit bersih sempurna.

Memang Kim sentiasa nampak cantik, muda, segar dan glowing…nampak glowing sangat walaupun tidak gunakan sebarang alat solek. Siapa sangka, bintang realiti ini hanya menggunakan produk penjagaan kulit mampu milik yang boleh ditemui di drugstore sahaja.

Bahkan, Kim sendiri mendedahkan dia setia dan tekun dalam melakukan rutin pembersihan wajah kerana padanya, menutup cela dengan mekap sahaja tidak cukup.

5 PRODUK PILIHAN KIM KARDASHIAN

1. PENCUCI MUKA CETAPHILL

Wahh…produk viral ini juga menjadi pilihan Kim Kardashian. Katanya, produk pakar dermatologi dengan rumusan ringan ini mampu membersihkan kulit berminyak dengan baik tanpa membuatnya kering. Pilihan Kim ialah Cetaphil Daily Cleanser. 

2. BURT’S BEES CLEANSING OIL

Pembersih yang diperbuat daripada kombo kepala dan minyak argan terbaik untuk membuang mekap walaupun pada solekan mata yang degil serta maskara kalis air.

3. PIXI GLOW TONIC

Toner ini mengandungi 5 peratus glycolic acid, sejenis AHA dipercayai mempunyai kadar pH yang paling rendah baik untuk sifat pengelupasan kulit. Tidak membahayakan epidermis kulit dan dapat menyingkirkan kulit mati (parut jerawat, pigmentasi) dengan berkesan tanpa iritasi.

4. THAYER WITCH HAZEL TONER

Witch Hazel merupakan astringen topikal bekerja sebagai toner. Boleh digunakan untuk merawat pelbagai keadaan kulit, termasuk jerawat, kerana ia menyediakan sifat-sifat astringen untuk membunuh bakteria berbahaya yang menyebabkan jerawat. Kim memilih witch hazel dari aroma bunga mawar untuk kesan wangi pada wajah.

5. BIO OIL

Minyak Bio Oil memang terkenal dengan kebolehannya merawat luka ringan mahupun yang berat. Dan Kim juga merupakan peminatnya. Kim menggunakan sebagai minyak mandian atau selepas mandi, biarkan ia seperti losyen badan dan biarkan formula yang mengandungi vitamin E membuat keajaiban.

SUMBER: Cosmopolitan

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda