BAGI keluarga moden hari ini, nuget ialah antara makanan sejuk beku yang sentiasa ada dalam peti sejuk di rumah. Malah, sudah jadi makanan pilihan dan kegemaran kanak-kanak.

Kepada ibu bapa yang masih tidak sedar tentang kandungan nuget, boleh baca perkongsian saudara Khanafi Mohd supaya selepas ini tidak lagi sewenang-wenangnya ambil mudah mengenai aspek pemakanan anak.

Tetapi, lain pula kalau kita sendiri yang buatkan nuget kerana itukan lebih sihat dan selamat. Boleh cuba resepi nuget nasi di pautan ini:  Anak Tidak Mahu Jamah Nasi Apa Kata Cuba Buat Nuget Nasi Ini.


Ada apa dengan nuget?

Nugget dan sosej ialah 2 makanan kategori sampah. Jika kita menikmati keseluruhan proses pembuatannya dengan melihat bahan-bahan yang digunakan, pasti terdetik dalam minda; “Siapalah kebuloq sangat nak makan benda ni, geli aihhh…

Ajaibnya, selepas sampai peringkat akhir pembungkusan dan berada dalam peti sejuk beku pasar raya seluruh dunia, ia bertukar jadi makanan pilihan kerana selama ini kita hanya kenal dan menikmati rasanya yang enak (pastinya kesan daripada perisa, gula dan garam berlebihan) tanpa pernah melihat proses kejadian asal.

Dalam industri, seboleh-bolehnya tiada bahan buangan. Jika ada sekalipun, ia hanya jadi bahan buangan kilang A dan pada masa sama kilang B menjadikan ia bahan utama produk mereka.

40 peratus sahaja daging. Selebihnya apa? Selebihnya ialah organ dalaman, lemak, tulang, tepung dan pelbagai lagi bahan lain. Ditambah pelbagai bahan kimia yang sebahagiannya  turut digunakan dalam industri kosmetik dan dalam syampu, hatta dalam jubin lantai yang sedang anda pijak itu.

Dimethylpolysiloxane atau Polydimethylsiloxane (PDMS) ialah salah satu daripada bahan kimia itu. Pasti ramai tertanya-tanya, apakah bahan itu, tetapi jika disebut SILIKON pasti ramai akan kata; “Oooooo” dengan 6 harkat.

Dalam syampu, fungsi PDMS ialah menjadikan hasil rambut tampak berkilat dan licin (supaya model iklan boleh melibas-libaskan rambutnya). Dalam industri makanan pula digunakan untuk elak bahan-bahan bergumpal (antifoaming agent).

Perisa, pewarna, gula dan garam ialah perencah yang ditambah bagi menghasilkan rasa ketagihan. Gula sebagaimana ramai tahu, kesan ketagihannya 8 kali lebih berbanding kokain.

Sekali lagi fakta ‘8 kali lebih ketagih’ tidak memberi apa-apa makna kerana gula dilabel HALAL. Tidak menimbulkan rasa jijik sebagaimana apabila disebut DADAH. Malah, masih ramai memaksa anak minum minuman bergula kerana menganut fahaman mazhab, ‘tubuh wajib memerlukan GULA‘ (rakyat faham GULA PASIR) untuk kekal bertenaga.

Kesan ketagihan itu dapat dilihat sebaik saja gigitan pertama. Kemudian, selagi tidak habis dalam pinggan, otak memberi isyarat mahu, mahu, mahu dan mahu lagi. Maka membesarlah anak yang comel bagaikan JUARA menjadi JALUR LEBAR.

Begitulah sebahagian cerita nuget. Jika mahu dirungkai satu persatu, nescaya memerlukan beberapa hari.

Namun, ujian nafsu dan selera itu teramat berat. Kamu lupa ke Nabi Adam – manusia pertama dan ujian pertama kepada manusia ialah MAKAN?

Jadi kita kena mengerti kenapa masih ada yang berpegang pada sandaran; “Ala sekali sekala apa salahnya“. Kan!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda