KEJANG PERUT atau perut mengeras biasa dialami oleh ibu hamil yang disebabkan oleh perubahan pada tubuh badan. Perubahan itulah yang menjadi penyebab kepada kesakitan pada bahagian-bahagian badan kita antara kaki, punggung, payudara dan perut.

Mungkin ada di antara ibu hamil yang sering mengalami kejang perut sepanjang kehamilan. Jangan risau, ia adalah perkara yang normal terjadi mungkin disebabkan oleh alirah darah yang meningkat pada rahim atau juga sembelit.

Bagaimanapun, kita perlu ambil tahu tanda-tanda yang agak serius kerana mungkin ia disebabkan oleh jangkitan saluran kencing, keguguran atau pre-eklampsia.

BACA>>> Ketahui Punca dan Cara Atasi Kaki Kejang ketika Hamil

PUNCA KEJANG PERUT YANG UMUM

1. KEMBUNG PERUT

Kembung perut ketika hamil sering berlaku disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron iaitu hormon yang membuat otot-otot tenang termasuk pada otot di saluran pencernaan.

Akibatnya, sistem pencernaan lambat dan kita akan dapat merasa tekanan pada rahim dan usus, sekali gus menyebabkan perut bergas, kembung atau sembelit, yang mengundang kejang pada perut.

Buang air besar atau buang gas mungkin akan membantu menghilangkan kejang. Makanlah makanan berserat, makan sedikit tetapi kerap dan minum banyak air untuk mengelakkan sembelit.

2. KEJANG KETIKA ORGASMA

Kejang ketika dan selepas orgasma adalah normal dan tidak bahaya serta tidak menyakiti janin dalam kandungan. Sakit perut juga boleh berlaku disebabkan peningkatan alirah darah ke pinggul atau kontraksi rahim yang normal semasa orgasma.

3. PENINGKATAN ALIRAN DARAH KE RAHIM

Ketika kehamilan anda akan banyak mengalirkan darah ke rahim untuk disalurkan kepada janin, yang mana menyebabkan tekanan pada bahagian rahim atau kejang. Jika merasakan kejang, disaran berbaring atau berendam air hangat untuk membantu mengurangkan kesakitan.

4. RAHIM MENGEMBANG

Rahim ibu hamil akan terus mengembang sepanjang tempoh kehamilan dan sering merasa kejang pada bahagian perut ke pinggul. Biasanya kejang ini berlaku pada trimester kedua kehamilan.

Kejang perut ini akan sering dialami ketika bersenam, bangun dari tempat tidur atau kerusi, bersin, batuk, ketawa atau ketika membuat gerakan tiba-tiba.

5. KONTRAKSI BRAXTON HICKS

Kontraksi ini berlaku pada usia kandungan 20 minggu hingga kelahiran. Bagaimanapun, ia jarang terjadi, kalau berlaku tidak lama, tidak teratur dan tidak menyakitkan. Braxton Hicks mungkin berlaku disebabkan dehidrasi.

BACA>>> Kehamilan Luar Rahim: Ketahui Bahaya, Simptom dan Risiko

PUNCA KEJANG PERUT TRIMESTER PERTAMA DAN KEDUA KEHAMILAN

1. KEHAMILAN LUAR KANDUNGAN

Kehamilan ini mungkin terjadi disebabkan telur menempel pada luar rahim iaitu di tiub fallapio. Keadaan ini menyebabkan kita akan merasa kejang pada salah satu sisi perut. Kejang ini akan terjadi lama dan semakin teruk. Disaran berjumpa dengan doktor jika mengalami pendarahan pada vagina, sakit bahu, sakit perut yang semakin teruk dan pengsan.

2. KEGUGURAN

Keguguran menyebabkan kejang perut, punggung bahagian bawah dan daerah pinggul. Bagaimanapun, kejang perut akibat keguguran sukar dibezakan dengan rahim mengembang. Namun, kejang perut akibat keguguran akan berlaku selama beberapa jam atau hari yang diikuti dengan pendarahan ringan.

PUNCA KEJANG PERUT PADA TRIMESTER KEDUA HINGGA KELAHIRAN

1. JANGKITAN SALUR KENCING

Akan menyebabkan rasa sakit ketika buang air kecil, tekanan pada pinggul atau ngeri pada perut bahagian bawah, kerap buang air kecil, urin berbau busuk, keruh atau berdarah. Ia tidak boleh diubati dan boleh menyebabkan jangkitan ginjal dan kelahiran prematur.

2. ABRUPTIO PLASENTA

Keadaan dimana plasenta terpisah seluruhnya atau sebahagian dari dinding rahim sebelum kelahiran bayi. Anda akan mengalami kejang perut yang parah dan lama diiringi ngeri punggung, pendarahan vagina dan kontraksi rahim.

3. PRA-EKLAMPSIA

Boleh dikesan dengan tekanan darah tinggi dan adanya protein dalam air kencing. Keadaan ini akan menyebabkan kejang perut, sakit kepala yang parah, gangguan penglihatan, mual dan muntah, bengkak pada wajah, tangan dan kaki serta sesak nafas.

4. KEJANG TANDA KELAHIRAN

Jika anda mengalami kontraksi yang teratur selama setiap 10 minit atau lebih itu tanda kelahiran. Kontraksi ini tidak mudah hilang walaupun anda sudah mengubah posisi. Anda akan mengalami tekanan pada kawasan pinggul, peningkatan cairan vagina dan pendarahan. Jika keadaan ini berlaku sebelum usia kandungan mencapai 37 minggu, anda akan mengalami kelahiran pramatang.

BACA>>> Kenapa Pra-Eklampsia Bahaya untuk Wanita Hamil?

BAGAIMANA CARA MENGATASI KEJANG PERUT KETIKA KEHAMILAN

Perkara utama yang perlu dilakukan adalah dengan berehat sekiranya mengalami kejang perut.

Berikut adalah cara yang boleh dilakukan bagi mengurangkan sakit kejang perut:-

  • Berbaring atau duduk sementara waktu. Berbaringlah pada sisi berlawan dari tempat rasa sakit serta luruskan kaki.
  • Mandi air hangat.
  • Tekan pada bahagian perut yang kejang dengan air hangat.
  • Cubalah untuk berada dalam keadaan tenang.
  • Minum banyak cairan jika kejang disebabkan oleh kontraksi Braxton Hicks.
  • Bergerak atau melakukan beberapa gerakan untuk menghilangkan kejang perut yang mungkin disebabkan oleh kembung perut.

SUMBER: HelloSehat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda