WANITA tidak boleh mengawal kencing dan rasa sakit ketika bersama suami seringkali dikaitkan dengan masalah rahim jatuh. Ada wanita yang mengalami masalah ini tetapi tidak tahu apa yang menyebabkan perkara itu berlaku.

Apa sebenarnya yang menyebabkan rahim jatuh? Mari kita kenali masalah ini dengan lebih lanjut.

BACA>>> Doktor: Senaman Kegel Lagi Berkesan daripada Sengkak Rahim yang Jatuh

APA ITU RAHIM JATUH?

Rahim jatuh (peranakan jatuh) turut dikenali sebagai procidentia bermaksud rahim telah jatuh ke bawah di luar daripada lokasi sebenar memasuki vagina.

Apabila ini berlaku, ia juga akan menyebabkan masalah lain antaranya mengalami kencing yang tidak dapat dikawal.

Selalunya rahim akan dipegang supaya tidak bergerak dengan menggunakan otot dan ligamen yang terdapat dikawasan tersebut. Apabila seseorang itu semakin tua ataupun mengalami kecedaraan di bahagian tersebut, ia akan menjadikan otot dan ligamen menjadi lemah.

Oleh itu, struktur tersebut tidak mampu lagi menampung rahim menyebabkan rahim jatuh ke dalam lubang faraj (vagina).

Rahim jatuh ini boleh berada di dalam vagina ataupun lebih teruk lagi ia boleh keluar daripada vagina.

KENAPA RAHIM BOLEH JATUH?

  • Hamil dan kelahiran anak: Kelahiran dipercayai menjadi punca kepada masalah ini. Ia boleh terus berlaku sebaik sahaja bersalin ataupun 30 tahun selepas itu. Kebanyakkan faktor seperti berat bayi, trauma ketika melahirkan anak, kelahiran yang menekankan boleh menyebabkan otot bahagian peranakan menjadi lemah.
  • Fibroid yang besar.
  • Proses penuaan.
  • Berhenti datang bulan (menopause).
  • Obes.
  • Batuk yang lama.
  • Asyik sembelit.
  • Selalu mengangkat berat.
  • Mempunyai sejarah pembedahan dibahagian tersebut.

KOMPLIKASI YANG BOLEH BERLAKU DISEBABKAN OLEH RAHIM JATUH

1. ULSER

Dalam kes rahim jatuh, permukaan vagina mungkin akan terdedah menyebabkan ia kering dan menghasilkan ulser. Ulser tersebut akan lebih mudah dijangkiti kuman.

2. RAHIM TERSEKAT DI DALAM VAGINA

Rahim yang berada di dalam vagina mungkin akan membengkak dan menyebabkan ia susah untuk ditolak balik ke dalam abdomen. Ini akan menyebabkan bengkak menjadi lebih teruk dan saluran darah akan tersumbat disebabkan rahim yang semakin membengkak.

3. ORGAN LAIN BOLEH JATUH 

Organ lain di kawasan tersebut juga boleh jatuh seperti pundi kencing dan usus besar bahagian rektum.

BACA>>> Rahim Sihat Bermula Dari Kanak-Kanak. Dr Hamid Kongsi 11 Tip Penjagaan Rahim

APAKAH SIMPTOM RAHIM SUDAH JATUH

  • Merasakan bahagian ari-arinya penuh dan tidak selesa
  • Merasakan sesuatu terkeluar daripada vagina
  • Sakit di bahagian ari-ari dan belakang
  • Sakit ketika melakukan hubungan seks
  • Terkeluar sesuatu benda dari vagina
  • Selalu mengalami jangkitan kuman pada tempat buang air kecil (kencing kotor)
  • Susah untuk membuang air kencing
  • Tidak boleh mengawal pembuangan air kencing

Wanita yang mengalami rahim jatuh juga mungkin boleh mengalami diagnosis yang sama dengan rahim jatuh seperti:

  • Jangkitan kuman pada tempat buang air kencing (kencing kotor)
  • Bagi mereka yang mengandung, keguguran mungkin salah satu diagnosa lain
  • Kanser di dalam kawasan pelvis
  • Keradangan saluran vagina
  • Fibroid

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGETAHUI RAHIM JATUH

Selalunya pesakit akan diperiksa terlebih dahulu untuk melihat tahap masalah tersebut.

Penyiasatan lain yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan pengimbas ultrasound. Imej daripada ultrasound tersebut akan menunjukkan rahim tidak lagi berada di dalam kedudukannya yang normal. Selalunya ia akan berada di dalm vagina.

JIKA RAHIM JATUH, APAKAH RAWATAN YANG BOLEH DILAKUKAN?

1. RAWATAN KONSERVATIF

  • Senaman Kegel: Dimana pesakit akan melakukan senaman dengan mengemutkan otot bahagian pelvis.
  • Vaginal pessary: Alat ini berbentuk seperti donut. Cara pakai adalah dengan meletakkan ia ke kawasan serviks. Alat itu akan tersekat dibahagian tersebut dan rahim tidak boleh turun ke bawah.
  • Terapi penggantian estrogen: Pesakit akan diminta untuk mengambil hormon estrogen untuk mengelakkan otot dna ligamen menjadi lemah. Tetapi ia juga akan meningkatkan risik penyakit yang lain seperti kanser payudara dan juga pembekuan darah di bahagian kaki.

2. PEMBEDAHAN

  • Vaginal hysterectomy with vaginal vault suspension: Dalam prosedur ini rahim akan dibuang melalui vaginan dan hujung vagina akan di sangkut dalam kawasan pelvis supaya ia tidak terkeluar.
  • Abdominal hysterectomy: Bermaksud rahim dibuang melalui pembedahan dari kawasan abdomen.

Terdapat juga beberapa prosedur pembadahan yang lain. Pesakit perlulah membincangkan perkara ini dengan doktor yang merawat agar ianya paling sesuai dengan keadaan pesakit.

BACA>>> 4 Tip Pulihkan Rahim Selepas Gugur Supaya Boleh Segera Hamil Semula

BAGAIMANA CARA ELAK RAHIM JATUH

  • Diet yang sihat akan mengelakkan seseorang mengalami sembelit.
  • Senaman perlulah sentiasa dilakukan.
  • Pesakit yang asyik meneran disebabkan sembelit, perlulah mendapatkan rawatan doktor
  • Senam kegel perlu sentiasa dilakukan.
  • Berhenti merokok kerana ia akan menyebabkan batuk yang kronik.
  • Elakkan dari sentiasa mengangkat benda yang berat.

SUMBER: Ediagnosa

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda