PERINGATAN buat penggemar kosmetik dan juga diri sendiri, hati-hati jika mahu cuba sampel gincu di butik atau premis kecantikan. Memang sudah jadi tabiat kita kalau lalu saja depan Sephora, Watson, Guardian atau mana-mana premis yang ada menjual barang kosmetik, mesti gatal kaki mahu singgah.

Bukan setakat singgah, kita mesti cuba-cuba gincu, bedak, pemerah pipi, maskara dan apa sahaja yang menarik hati. Tetapi tahukah anda, produk kosmetik sebenarnya TIDAK BOLEH DIKONGSI.

KENAPA TIDAK BOLEH KONGSI?

  1. Kongsi produk kosmetik yang digunakan di bahagian mata iaitu maskara, pembayang mata atau eye shadow dan celak boleh mengakibatkan jangkitan mata.
  2. Gincu boleh mengakibatkan jangkitan herpes.
  3. Sampel alat solek boleh menyebarkan bakteria.
  4. Kita tidak tahu cara orang yang sebelum ini menggunakan alat solek tersebut, dan tidak tahu keadaan kesihatan mereka.
  5. Alat solek dan produk kosmetik boleh mengumpul bakteria pada bila-bila masa.
  6. Jangkitan staph, iaitu bakteria yang menghasilkan pigmen kuning dan lebih parah lagi, boleh bawa maut.

KES JANGKITAN HERPES MELALUI SAMPEL GINCU

Kes ini berlaku di California, Amerika Syarikat (AS), seorang wanita dijangkiti herpes selepas mencuba gincu di butik kosmetik, Sephora. Dia mendakwa mencuba beberapa sampel gincu jenis tiub dan dijangkiti herpes.

Selepas diperiksa pakar perubatan, dia disahkan mendapat jangkitan virus itu daripada individu lain yang meninggalkan bakteria herpes pada gincu dicubanya. Nah, tidak pasal-pasal pula dia dapat penyakit yang tidak boleh diubati dan sengsara sepanjang hayat.

Dia menyalahkan Sephora kerana tidak meletakkan tanda amaran tentang risiko kesihatan. Jika Sephora meletakkan tanda amaran, dia menegaskan tidak akan mencuba sebarang sampel di situ.

Wanita tersebut turut menyaman ganti rugi ke atas Sephora kerana menyebabkan gangguan emosi dan penderitaan seumur hidup.

ELAK KONGSI 

Pengajarannya, kita mesti lebih berhati-hati kalau hendak mencuba sesuatu barangan kosmetik tidak kira di mana saja. Kalau boleh, elakkan berkongsi produk dan alat kosmetik dengan kawan atau ahli keluarga. Bukan kedekut, cuma semua barang itu memang tidak boleh dikongsi, sama seperti kita tidak boleh berkongsi seluar dalam dengan orang lain. Gelikan?

SUMBER: Bustle | WorldOfBuzz

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda