BIADAP dan kurang ajar! Netizen tanpa segan silu menghina putera Nora Danish dan Nedim Nazri, Mohamed Neyqal (Ney) yang baru berusia tidak sampai 6 bulan dengan melemparkan komen negatif tentang anak selebriti itu sebagai ‘tak comel’ dan ‘hidung kembang’.

Ketika dunia moden masa kini mula memberikan tafsiran baharu tentang makna ‘kecantikan sebenar’ yang bukan sekadar berkulit putih dan berhidung mancung, memang menyedihkan kerana masih wujud lagi manusia bersikap negatif seperti ditunjukkan segelintir pengikut Nora Danish  di laman Instagram aktres itu.

Komen-komen ‘terlajak cerdik’ yang dihamburkan jelas menyerlahkan sikap dan pemikiran si empunya badan. Tolong ye, dunia sudah semakin terbuka, bukalah sikit pemikiran yang sempit tu!

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

KOMEN NEGATIF

Antara komen negatif ditinggalkan pada gambar yang dimuat naik Nora Danish.

ADA TIDAK BERSETUJU

Pada masa sama, ada juga peminat Nora yang menempelak komen jahat daripada haters biadap itu.

INSTAGRAM MOHAMED NEQAYL NEDIM

Si kecil ini juga kini sudah ada akaun Instagram yang kini sudah ada lebih dari 5 ribu pengikut!

DOAKAN YANG TERBAIK

Kalau betul pun nak mem-bawang, janganlah sampai menghina bayi tidak berdosa yang tidak tahu apa-apa. Jangan sampai kena batang hidung sendiri sudah. Sama-samalah kita doakan yang baik-baik saja buat si comel Neyney OK!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda