BAGI ibu hamil yang membuat pemeriksaan pranatal di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia mesti pernah melihat pelekat yang ditampalkan di bucu atas buku rekod kesihatan (buku pink).

Pelekat itu sebenarnya mempunyai makna yang penting menunjukkan faktor risiko setiap ibu hamil. Berikut adalah penjelasan Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita Dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak.

BACA>>> Hemoglobin (HB) Rendah Bahayakan Bayi, Apa Patut Ibu Hamil Buat?


PENGENDALIAN KES-KES KEHAMILAN MENGIKUT SISTEM TAG WARNA

Sistem ini mempunyai penggunaan 4 tag warna. Penentuan tag warna ini adalah berdasarkan kepada penilaian faktor risiko ibu semasa lawatan ke klinik dan rumah.

1. TAG MERAH 

Rujukan segera ke hospital dan pengendalian selanjutnya adalah bersama (shared care) Pakar O&G dan Pakar Perubatan Keluarga.

2. TAG KUNING 

Rujukan untuk pengendalian oleh Pakar O&G Hospital dan Pakar Perubatan Keluarga, dan penjagaan selanjutnya boleh dilakukan bersama (shared care) Pegawai Perubatan dan Jururawat Kesihatan.

3. TAG HIJAU 

Pengendalian di Klinik Kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan dan pengendalian selanjutnya boleh dilakukan bersama Jururawat Kesihatan dan Jururawat Masyarakat di bawah pengawasan Pegawai Perubatan.

4. TAG PUTIH 

Penjagaan oleh Jururawat Kesihatan atau Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa (sekiranya tiada terdapat faktor risiko yang disenaraikan dalam kod merah, kuning dan hijau, ibu diberi kod warna putih).

BACA>>> Kenapa Pra-Eklampsia Bahaya untuk Wanita Hamil?

Di dalam situasi yang tertentu khususnya di kawasan pedalaman, di mana tidak terdapat Pegawai Perubatan, pengendalian boleh dilakukan oleh Jururawat Kesihatan atau Jururawat Masyarakat dengan pengawasan dari Pegawai Perubatan yang terdekat atau mudah dihubungi.

Pakar O&G dan Pakar Perubatan Keluarga boleh menukarkan kod warna mengikut penilaian tahap risiko semasa ibu hamil. Tag warna yang dilekatkan dapat mempamerkan kod
warna yang telah diberikan sebelumnya.

Okay sekarang tengok buku pink masing-masing. Tengok Tag kaler apa yang tertampal pada bucu kanan atas buku itu. Ada tak?

Kalau ada, kaji atau tanya doktor kenapa anda di berikan kod warna sedemikian?

Jangan ingat sticker itu tampal saja-saja.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda