INTERMITTENT Fasting adalah antara trend berdiet yang boleh membantu wanita untuk mendapatkan bentuk badan yang diimpikan.

Selain itu, ia juga memberikan banyak manfaat kepada kesihatan tumbuh badan. Bagi mereka yang baru mahu bermula, baca artikel ini dahulu tentang kebaikan dan cara betul mengamalkannya daripada perkongsian Dr Siti Aniza Basir.

BACA>>> Boleh Atau Tidak Ibu Menyusu Amal Intermittent Fasting?

 

 

APA ITU INTERMITTENT FASTING?

IF ialah Intermittent Fasting. Telah terbukti dalam kajian bahawa PUASA adalah DIeT terbaik. Bukan nak sangkal pasai Paleo Diet, Atkins , Mediterranean etc tapi my personal opinion, kita ada sunnah.

Ikut la sunnah. Rasulullah banyak berpuasa dengan pelbagai sebab. So IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat.

Nak buat puasa Nabi Daud macam tak mampu. Sebab iman nipis.

Setiap hari ada pasar malam , pasar rabu. Macam rasa tekak Ini nak makan. Macam 20 tahun tidak makan. Padahal baru minggu lepas pergi beli. Kan kan. Siapa sentap memang kita sama la.

IF ni ialah kita bagi perut, usus kita rehat dalam 12 – 14 jam. So terpulang kepada anda mahu mula jam berapa. Kalau start 630 pm, esok jam 930 am baru breakfast.
Kalau 830 malam – 1130 pagi baru start makan atau breakfast.

APAKAH KEBAIKAN IF?

Banyak!!

Its also known as “CLOSING YOUR KITCHEN EARLY”

Biar betul Doktor?

Betul. Inilah yang saya sudah dan telah jalani selama lebih kurang 10 bulan. Waktu terakhir kami makan malam ialah jam 630 pm.

‘Berpuasa’ dalam ertikata berpuasa malam ini, walaupun anda ‘LOAD” di siang hari anda, akan membantu anda HILANG LEBIH BANYAK Kilo!

Di dalam Journal Cell Metabolisme , kajian telah dilakukan ke atas 2 kumpulan tikus yang diberi Diet ‘High Fats, High Calories’ untuk 100 hari.

Kumpulan Pertama dibenarkan makan dan makan malam dan siang (Healthy,controlled diet ) dan

Kumpulan Kedua hanya mempunyai akses selama 8 jam pada waktu siang tetapi boleh makan apa sahaja jenis diet, dan hasilnya menunjukkan:

“Kumpulan BERPUASA 14 JAM iaitu Kumpulan Kedua kekal berat badan dan dengan otot (Lean Muscle) dan

Kumpulan Pertama yang makan dan makan selama mahu menjadi OBES walaupun keduanya makan sama nilai kalori yang dibekalkan”

Jadi, cara terbaik untuk BERPUASA 14 /16 jam ialah memulakan SARAPAN anda SEAWAL jam 930 atau 1030pagi!

BACA>>> Nak Langsing Semula Selepas Bersalin? Lakukan 3 Cara Mudah Ini!

JADI BAGAIMANA CARANYA?

Tatacaranya banyak:

As newbie – Kak Siti advice buat 12 jam dulu. Ie kita start last dinner kul 630 pm, esok breakfast 630 pagi.

Bila dah ok,buat 14 jam. Ie 630 pm dinner dan 830 am breakfast.

Lepas itu, teruskan perjuangan 16 jam.Ie dinner 630 pm, breakfast merangkap lunch jam 1030 pagi.

Sebaiknya 14-16 jam berpuasa .

Its fleksible. Buat ikut keperluan. Contoh: Semalam ada kenduri makan kul 830 pm , esok tidak payah breakfast, terus lunch!

Lapar?

In between itu, anda boleh untuk:-

1. Minum air masak
2. Minum air garam – garam bukit 1/2 teaspoon with air mineral
3. Green Tea
4. Coffee
5. Tea

Nombor 3,4,5 semua without sugar or susu.

Pastu, IF ini boleh la buat EOD dulu ie Alternate Day. Satu hari IF satu hari FeedDay! Tapi No Refined Sugar and Processed Food!

Lepas sudah ok buat Daily.

*IF adalah cara terbaik untuk mengurangkan Insulin Malas, Craving, ketagihan dan sifat nak mengunyah yang tidak habis-habis itu.

#MasterMyHormones

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda