GAJET selalu jadi kambing hitam apabila melibatkan anak kecil ini. Kalau disimpulkan semua hujah-hujah itu ibarat gajet boleh jatuh kategori haram.

Tidak dinafikan gajet banyak keburukan jika tidak di kawal. Sebenarnya banyak juga manfaat boleh kita teroka dari gajet jika di asah dan di bentuk dengan betul.

Batu berlian pun kalau tidak di tempa dan di asah sebaiknya ia hanyalah sebiji batu biasa yang bertaburan di muka bumi.

BACA>>> 9 Cara Kawal Anak Ketagih Main Telefon Pintar

Ini antara cara saya memanfaatkan gajet:

1. KAWALAN MASA

Sebelum nak beri anak gajet mak ayah kena ada kesedaran tentang gajet, wajib ada kawalan masa anak dengan gajet atau had screen time (TV, komputer, tablet). Orang tua pun kalau duduk mengadap telefon 24 jam boleh jadi buta sosialnya ini kan pula kanak-kanak.

Had masa yang disyorkan berbeza mengikut umur boleh rujuk di link bawah untuk pencerahan: https://www.aap.org/…/American-Academy-of-Pediatrics-Announ…

2. TONTON BERSAMA

Anak tengok kartun atau apa-apa cerita kita join tonton sama-sama, tinggal sebentar lipat baju atau boleh saja lipat sebelah anak. Sambil buat kerja boleh ada kualiti time dengan anak. Jimat duit, jimat masa dan jimat tenaga.

Masa ini juga kita boleh selami dunia anak-anak ni, tidak semua cerita kartun tu “Bad Influence“, kartun sekarang tidak sama macam dulu sekarang banyak mesej positif sebagai contoh kartun Omar Hana.

Sampai sekarang rania terkesan dengan mesej Omar Hana ini, “Sayang mama papa baru Allah sayang kita

3. BUAT AKTIVITI BERSAMA

Ini kegemaran Rania, pantang dengar lagu yang dia familiar dan suka di Youtube Kids mesti dia paksa kami menari bersama. Paling tidak pun kena tengok dia menari, lepas itu wajib tepuk tangan.

“Self Confidence” di bentuk dengan latihan dan sokongan moral dari mak ayah. Bila sudah selalu praktis di rumah insyaallah anak tidak kaku atau menangis bila naik atas pentas nanti.

Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang mak ayah boleh buat dengan anak sambil melayari gajet ni. Boleh berlakon jadi bangau, jadi kancil, jadi gajah, jadi princess dan banyak lagi lah aktiviti yang berfaedah bersama anak-anak.

4. DIDIK CARA GUNA YANG BETUL

Yang ini penting! Tahu slide telefon sahaja tidak cukup, kena didik cara guna gajet yang betul. Beritahu Youtube tidak boleh, WhatsApp tidak boleh, Facebook tidak boleh dan tidak boleh klik butang merah bila ada call masuk. Ini bahaya, buatnya ada panggilan kecemasan dari kampung dan anak batalkan pula.

Ajar juga jangan buka mesej yang baru masuk Whatsapp ataupun telegram. Sebab ramai anak yang cuba-cuba tekan sampai terhantar mesej dan komen bukan-bukan gambar, video, voice note dalam group. Ini bukan salah anak tuan puan, jangan bagi alasan “Sorry anak tertekan”

BACA>>> 5 Kesan Buruk Apabila Anak Mula Ketagih Telefon Pintar

5. MANFAATKAN APP

Nak kawal anak 24 jam sehari memang mustahil sebab kita pun ada urusan dan “Adult Thing” yang kita kena beri perhatian. Jadi gunakanlah apps yang boleh membantu seperti Screen Time Kids, Parental Control dan ZenScreen. Ada free version dan paid version, yang free pun sudah cukup kalau setakat nak kawal screen time anak-anak.

Ada juga app bentuk pendidikan contoh kids spelling learning, dalam itu anak akan belajar cara mengeja dan membaca dan mak ayah boleh pantau serta lihat markah anak. Buat masa ini ada bahasa english sahaja, mungkin akan datang ada developer melayu buat versi bahasa melayu. Siapa tahukan.

Nota: Sangat di sarankan asingkan gajet mak ayah dan anak supaya anak lebih hormat barang mak ayah dan tidak sesuka hati “Papa nak telefon” di mana-mana sahaja.

6. JANGAN JADIKAN GAJET ALASAN

Ingat, tujuan gajet bukan untuk melekakan atau mendiamkan anak semata-mata tapi iaadalah satu kelebihan (Extra Privilege) yang kita ada untuk membantu tugas mak ayah membesarkan anak dengan lebih baik dan cekap. Percayalah kalau gajet ini ada masa mak ayah kita dulu memang mereka tidak akan bagi kita tengok kartun di TV.

Hanya kerana gajet ada “cahaya” yang boleh merosakkan mata tidak bermaksud kita perlu hukum kepintaran, kelajuan dan keberkesanan teknologi itu.

Pengidap kencing manis pun tidak akan berhenti minum manis hanya kerana gula itu berbahaya.

Pucuk pangkalnya mak ayah ada tanggungjawab yang berat dan besar, tidak adil nak samakan tanggungjawab sekarang dengan zaman dulu. Dulu lain sekarang lain. Sekarang main dam haji pun dalam telefon.

Kita kena buka mata, buka hati, pandang lebih jauh, pandang lebih telus kerana sangat jauh lagi masa depan anak-anak kita ini, tidak adil kita jadikan masa kini sebagai penanda aras masa depan mereka.

Mohd Fhais
Boikot Keburukan Teknologi

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda