KALAU emak sudah penat atau stres mengadap ragam anak, mulalah membebel atau berleter macam-macam. Dia memang jarang sangat nak pukul-pukul, tetapi lebih selesa bercakap itu ini supaya anak faham dan dengar.

Masalahnya, kuat membebel dengan bahasa dan cara yang salah sebenarnya tidak banyak membantu mengubah perangai si anak, sebaliknya menggangu perkembangan mental mereka. Jom lihat baca tip Taufiq Razif tentang cara membebel betul dan salah biasa yang selalu dilakukan ibu bapa.

CARA SALAH
Adik, kenapa pengotor sangat ni? Dah habis pakai baju tu letak  elok-elok dalam bakul

CARA BETUL
“Adik, bila dah habis pakai baju tu, letak dalam bakul terus sebab nanti senang mak nak cuci.”

CARA SALAH
“Kenapa adik pemalas sangat ni? Dah habis makan cuci la pinggan!”

CARA BETUL
“Adik, kalau dah habis makan tu, cuci la pinggan sebab tu la cara adik nak bantu mak. Adikkan sayang mak.”

NAMPAK TAK BEZA CARA BEBEL DI ATAS?

  1. Bebelan positif adalah bebelan yang tidak menggunakan sumpah seranah dan melabelkan anak dengan sifat buruk. Tidak perlu cakap anak pemalas atau anak pengotor. Terus  tegur saja.
  2. Kalau hendak suruh anak buat apa pun walaupun hanya cuci pinggan, masukkan sekali SEBAB dan ALASAN kenapa dia perlu buat semua itu. Anak jadi degil sebab kita suruh saja anak buat sesuatu perkara, tetapi kita tidak beritahu SEBAB kenapa dia kena buat perkara tu.

Amal sahaja 2 cara ini dalam bebelan harian anda. Insya-Allah kita akan mula nampak perubahan perangai anak, mereka akan jadi lebih taat dan dengar cakap.

Selamat mencuba!

SUMBER: Taufiq Razif

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda