MENDAKI kini menjadi salah satu trend ibu bapa moden beriadah bersama anak-anak di hujung minggu dan cuti sekolah. Aktiviti ini bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga sebenarnya bagus bagi pendedahan tentang alam semulajadi pada kanak-kanak.

Jika anda merancang untuk mendaki bersama anak pada masa akan datang, ini kami kongsikan tip buat anda. Yang paling penting, ikut kemampuan bagi yang masih berjinak-jinak dalam aktiviti ini.

BACA>>> Ajak Anak Buat 10 Aktiviti Ini di Rumah Sepanjang Cuti Sekolah

GAMBAR HIASAN – SUMBER INTERNET

TIP HIKING BERSAMA ANAK-ANAK KECIL 

Hiking bersama anak-anak adalah satu cara terbaik untuk…. bakar lemak!

Walaupun bukan kaki hiking, tapi cubalah bawa anak-anak mencuba mendaki di tempat-tempat tumpuan seperti Bukit Saga atau Bukit Broga (kalau di Kuala Lumpur) yang tidak tinggi dan tidak panjang sangat trailnya.

Bila nak hiking dengan anak-anak, jangan expect akan sama dengan orang-orang lain yang tiada budak-budak. Mental mesti siap sedia.

SEBELUM MENDAKI BERSAMA ANAK

1. Beritahu mereka tentang rancangan nak hiking itu. Ceritakan apa yang menarik dan kaitkanlah dengan benda-benda yang mereka suka.

2. Sediakan pakaian yang sesuai untuk anak-anak. Kalau cuaca sejuk, pakaikan mereka pakaian tahan sejuk. Kalau ada nyamuk, pakaikan lengan panjang dan seluar panjang serta mosquito repellant.

3. Siap sedia makanan ringan kegemaran (snek yang BUKAN JUNK FOOD!) untuk bekalan mereka.

4. Sediakan beg kecil untuk mereka bawa sendiri. Kalau boleh beg hiking bagi memudahkan mereka nak minum sepanjang perjalanan.

5. Untuk anak-anak yang masih kecil, sediakan carrier yang bersesuaian.

6. Pastikan anak-anak tidur awal dan cukup rehat. Pastikan mereka makan dulu. Anak-anak akan cranky bila penat dan lapar.

7. Sediakan first aid kit mini, terutama plaster, wet tissue, antiseptik.

BACA>>> 7 Manfaat Memelihara Haiwan Kepada Kanak-Kanak

GAMBAR HIASAN – SUMBER INTERNET

SEMASA MENDAKI BERSAMA ANAK

1. Bawa bekalan minuman tenaga. Kami menggunakan Performance Drink Orange dari Shaklee.

2. Bawa beg plastik, isi sampah sarap untuk dibawa balik.

3. Gunakan tongkat hiking untuk keselesaan terutama kalau kendong anak dengan carrier. Ia boleh bantu kurangkan impak pada lutut.

4. Utamakan perjalanan, bukan destinasi. Biarlah orang lain jalan laju-laju, semua orang nak cepat tapi kita slow-slow saja ikut pace anak. Anak-anak bukan kisah pun sampai mana, janji mereka gembira.

5. Kerapkan berhenti untuk berehat. Walaupun anak nampak excited, tapi tubuh kecil mereka itu kapasitinya bukan macam kita. Berikan masa untuk mereka berehat dan recharge.

6. Trail yang panjang dan memenatkan, bersedialah untuk membawa mereka di atas bahu (anak-anak usia sekolah) jika mereka terlalu penat.

7. Beri masa untuk anak-anak yang dikendong untuk diturunkan dari carrier dan explore kawasan.

SELEPAS MENDAKI BERSAMA ANAK

1. Berikan reward kepada anak-anak kerana berjaya menamatkan misi!

2. Plan untuk next hiking trip pula. Percayalah, anak-anak yang akan lebih teruja.

SUMBER: TheJetSetters

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda