MEMILIKI anak yang gemuk dan sihat sudah pasti menjadi dambaan ibu bapa. Iyalah, anak kecil memang nampak comel bila badan berisi.

Tapi… hati-hati jangan kerana mahukan anak gemuk hingga menyebabkan anak terlebih berat badan dan menjadi obes. Ada jalan lain untuk mengemukkan anak dengan cara sihat.

Mari cuba 8 makanan sihat ini yang sesuai diberikan pada bayi bermula usia 6 bulan dan ke atas.

1. BROKOLI 

Sayuran ini mengandung banyak serat, asam folat, kalsium dan mencegah kanser. Brokoli sesuai dijadikan sayuran hijau pertama untuk bayi. Cara untuk memberikan kepada anak adalah dengan memotongnya kecil dan kukus hingga lembut. Untuk memberikan sajian yang menarik boleh kombinasikan dengan keju.

2. PISANG

Pisang kaya dengan kandungan karbohidrat dan seratnya baik untuk tubuh badan. Bagi bayi, pilihlah pisang yang sudah masak. Boleh disajikan sebagai puri dan jika anak sudah tahu mengunyah, potong kecil agar mudah anak menelannya perlahan-lahan.

3. UBI

Kaya dengan kandungan nutrisi yang banyak mengandung vitamin C, serat, kalium dan antioksidan. Rasanya yang manis, pasti anak suka. Untuk sajian bayi, tumbuk dan kukus hingga masak kemudian jadikan ia puri yang penuh nutrisi untuk anak.

4. AVOCADO

Buah ini kaya dengan lemak yang baik untuk perkembangan otak. Tahukah anda, kandungan lemak dalam avocado hampir sama dengan air susu ibu? Menarik bukan! Selain itu, ia juga mengandungi protein tinggi yang baik untuk bayi dalam meningkatkan berat badan anak. Sajikan dalam bentuk puri. Bagaimanapun, jangan berikan avocado berlebihan pada anak kerana ia menyebabkan anak cepat kenyang.

5. LOBAK

Lobak mempunyai rasa manis dan warna yang menarik bayi untuk menjamahnya. Selain itu, ia juga baik untuk penglihatan bayi. Sajikan lobak dengan mengukuskannya dan kisar halus seperti puri.

6. OREN

Buah ini kaya vitamin C bagi untuk pertumbuhan tulang, pembentukan otot dan jaringan tubuh lain. Vitamin ini juga akan membantu penyerapan zat besi dari makanan lain dan menjaga kadar cairan tubuh untuk terus seimbang. Pilihlah oren dengan rasa manis untuk disajikan kepada anak kita. Bagi oren yang masam, serik anak mahu makan pula nanti.

7. TELUR

Makanan ini kaya protein, zinc dan pelbagai jenis vitamin yang penting untuk pertumbuhan bayi. Bagaimanapun, jangan berikan pada anak yang mempunyai alahan pada telur. Oleh itu, penting bagi ibu bapa mengetahui sama ada anak alahan pada telur atau tidak. Rujuk kepada doktor sebelum memberikan telur pada anak.

8. DAGING

Daging lembu dan ayam merupakan sumber protein, zat besi, zinc dan pelbagai nutrisi lain. Sebelum diberikan pada anak, pastikan kita masak dengan betul dan berikan daging yang telah dikisar kepada bayi. Untuk rasa lebih menarik, sajikan daging lembu atau ayam dengan sedikit sayuran dan susu ibu dalam bentuk puri. Pasti menarik!

SUMBER: Alodokter

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda