TIDAK menjadi masalah untuk ibu hamil menaiki kapal terbang selagi usia kandungan tidak mencecah 36 minggu atau tidak mempunyai masalah kesihatan lain. Bagaimanapun, ttidak bermakna kita tidak berhadapan dengan risiko dan masalah kesihatan terutamanya darah beku.

Bagi mengelakkan terjadinya darah beku ketika dalam penerbangan terutamanya perjalanan yang melebihi 4 jam. Kami kongsikan tip ini, semoga membantu anda yang sudah merancang untuk bercuti sebelum bersalin dengan kapal terbang.

BACA>>> Bilakah Masa Selamat Ibu Hamil Naik Kapal Terbang?

WANITA MENGANDUNG BOLEH NAIK KAPAL TERBANG?

Permasalahan utama yang ditakuti syarikat penerbangan adalah penumpang yang mengandung menaiki flight dan risiko terbersalin dalam flight apa-apa keadaan yang melibatkan mengandung itu sendiri. Satu hal pula juruterbang nak divert flight itu ke tempat yang boleh manage wanita nak bersalin ini atau apa-apa keadaan yang berkaitan.

Kebanyakan syarikat penerbangan tidak membenarkan wanita mengandung untuk menaiki kapal terbang bila kehamilan sudah mencecah cukup-cukup 36 minggu disebabkan perkara yang saya cakap tadi.

Jika ada risiko untuk kelahiran pramatang atau tidak cukup bulan, seperti kehamilan kembar, wanita tidak sepatutnya menaiki kapal terbang selepas 32 minggu.

Syarikat penerbangan memerlukan surat pengesahan daripada doktor yang menyatakan tiada sebarang masalah berkaitan kehamilan dan wanita ini selamat untuk menaiki kapal terbang apabila kehamilan itu sudah berusia 28 minggu dan juga tarikh kepastian umur kehamilan itu perlu disahkan oleh doktor dan ditulis dengan jelas dalam surat itu.

KEADAAN KEHAMILAN YANG TIDAK SESUAI UNTUK MENAIKI KAPAL TERBANG:-

  • Anemia teruk atau kurang darah dengan Hb kurang 7.5g/dL
  • Ada pendarahan masa kehamilan dalam masa terdekat
  • Masalah telinga (otitis media) dan sinusitis
  • Masalah jantung dan pernafasan yang serius
  • Pesakit yang ada buat penbedahan pada usus dalam masa terdekat termasuk pembedahan laparoskopi, di mana jahitan pada usus boleh mengalami regangan atau tegangan kuat disebabkan perubahan tekanan dan pengembangan gas di udara.
  • Tulang patah, dimana kaki dimana tulang patah itu boleh kembang disebabkan bengkak, lebih-lebih lagi kalau ada POP pada kaki.

PELUANG DARAH BEKU KETIKA MENAIKI KAPAL TERBANG?

Satu lagi ramai bertanya saya, mengenai peluang untuk dapat darah beku masa naik flight. Berkenaan dengan ini, kita tahu bahawa mengandung itu sendiri meninggikan risiko untuk dapat darah beku.

Naik flight pula, duduk lama, kaki cramp nak-nak yang kaki panjang memang azab. Secara keseluruhan boleh disimpulkan risiko untuk dapat darah beku pada kaki masa naik flight ada, tapi rendah bergantung kepada faktor kesihatan individu itu sendiri.

TIP ELAK BERLAKUNYA DARAH BEKU KETIKA DALAM KAPAL TERBANG

Untuk meminimakan risiko untuk dapat darah beku, ini tip yang boleh diamalkan :

  1.  Pilih tempat duduk berdekatan dengan aisle, senang nak kluar masuk
  2. Sentiasa berjalan jalan dalam kabin, jangan duduk memanjang
  3. Buat senaman ringkas, setiap 30 minit lebih-lebih lagi untuk penerbangan yang panjang
  4. Sentiasa pastikan untuk minum air yang cukup, kurangkan minum minuman berkaffein untuk mengelakan asyik nak kencing.
  5. Kalau ibu mengandung ada sejarah pernah kena darah beku, obesiti atau masalah lain tanya doktor untuk pemberian ubat suntikan mencairkan darah.

Selain itu, jangan lupa pakai TED stoking (bukan stokin biasa) jika penerbangan mengambil masa lebih 4 jam. Kalau kurang 4 jam tidak pakai TED stoking pun tidak mengapa.

BACA>>> Angin Boleh Masuk Ikut Kaki? Kenapa Ibu Berpantang Kena Pakai Stoking?

Lain syarikat penerbangan, lain polisinya untuk benarkan ibu mengandung ini untuk menaiki kapal terbang. Tanya dahulu dulu ok?

Kalau pegi jejauh tu jangan lupa beli saya ole-ole. Dapat baju Hard Rock yang ori pun sudah ok sangat dah.

Dr Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda