KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan agar cuti bersalin untuk bapa diberikan selama sebulan kepada kakitangan kerajaan dan swasta dengan bayaran gaji penuh.

Pada ketika ini, cuti bersalin bagi para bapa ialah 7 hari bagi kakitangan kerajaan dan bergantung pada majikan masing-masing untuk kakitangan swasta atau dipanggil cuti ihsan.

Menurutnya lagi, sudah tiba masanya untuk ‘paternity leave’ diteliti kerana pada masa ini, para pengkhidmat awam mendapat tujuh hari, malah ada negeri mendapat dua minggu dan bagi mereka yang berkhidmat di swasta mendapat lima hari atau kurang, namun banyak syarikat swasta tidak memberi peluang untuk si bapa berada di sisi isteri dan anak ketika dilahirkan.

BACA>>>> Suami Tidak Tahu Buat Apa Ketika Isteri Berpantang? Lelaki Ini Kongsi Caranya…

Justeru menurutnya lagi, kerajaan perlu mewujudkan satu undang-undang bagi memastikan cuti bersalin untuk bapa dengan bayaran gaji penuh dikuatkuasa dalam akta tersebut.

“Ketika ini, tiada peruntukan dalam mana-mana akta yang memasukkan cuti bersalin bergaji untuk bapa. Malah, Akta Kerja 1955 juga tidak menyentuh mengenai paternity leave itu. Jadi kerajaan perlu mewujudkan undang-undang berkaitan demi pembangunan institusi sesebuah keluarga,” tambah beliau lagi.

BACA>>>> Mahu Berpantang Sendiri di Rumah? Ikut 11 Tip Mudah Ini

SUMBERAstroAwani

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda