MOOD anak kecil sememangnya berubah-ubah. Ada hari baik, adakala meragam dan begitulah sebaliknya. Memang sukar diramal.

Rupanya makanan juga boleh mempengaruhi mood anak kita. Berikut adalah perkongsian Mohd Fhais tentang makanan yang boleh diberikan pada anak bagi membantu mereka berada dalam mood yang ceria lagi berkhasiat.

BACA>>> Anak Tidak Suka Makan Sayur? Jom Amalkan 5 Tip Ini

Nak Mood Anak Lebih Ceria? Beri Saja Makan 5 Jenis Makanan Ini

Perasan tidak? kadang-kadang mood anak kita ok, kadang-kadang tidak ok. Mereka jadi begini sebab faktor SEROTONIN dalam badan tidak terurus. Tidak stabil.

Serotonin ini neurotransmitter penting. Serotonin ini lah yang membantu anak kita dapat tidur yang sihat, kurangkan anxiety, depression dan menggalakkan rasa tenang dan gembira.

Senang cakap serotonin ini kalau tidak ada emosi anak kita tidak stabil, kerap menangis dan meragam.

Nak dapat serotonin yang stabil dalam badan, bagi saja anak kita makan makanan yang kaya dengan TRYPTOPHAN. Ia boleh meningkatkan penghasilan Serotonin.

5 MAKANAN YANG KAYA DENGAN TRYPTOPHAN

1. TELUR

Menurut kajian terkini, Protein dalam telur dapat meningkatkan tahap plasma darah tryptophan dalam badan. Lebih-lebih lagi bahagian kuning. Bahagian kuning sangat kaya dengan tryptophan dan tyrosine, choline, biotin, asid lemak omega-3, dan nutrien lain.

Jadi jangan ajar anak makan telur kuning kentut busuk, rugi besar kalau tak bagi anak makan. 4 Resepi Guna Telur -> https://bit.ly/2RcdoDK

2. KEJU

Keju adalah satu lagi sumber tryptophan yang hebat. Dengan setiap 571mg keju badan kita akan dapat sekurang-kurangnya 100g tryptophan. Lagi banyak tryptophan lagi bagus untuk mood anak.

Saya rekemen buat resepi guna keju ni, anak korang mesti suka. Resepi Cheezy Sweet Potato Coated With Date -> https://bit.ly/2By90Fc. Resepi Bubur Nasi Cheese -> https://bit.ly/2SXHgkx

3. NANAS

Bukan sahaja ada tryptophan malah nenas adalah sumber utama bromelain, protein yang dapat mengurangkan kesan sampingan kemoterapi serta membantu menahan batuk.

Nak merawat batuk anak secara semulajadi tanpa ubat moden pun boleh guna nenas. Cara merawat batuk guna nenas -> https://bit.ly/2SYPkSk

4. TAUHU

Tauhu adalah produk berasaskan soya. Soya merupakan sumber protein tumbuhan lengkap yang kaya dengan tryptophan, isoflavon dan karbohidrat kompleks.

1 cawan sehari dah boleh penuhi keperluan 89 peratus tryptophan badan sehari. Nak bayi ceria cuba makanan tauhu ni -> https://bit.ly/2SXCYty

5. KEKACANG

Semua jenis kacang ada tryptophan. Pilih sahaja nak kacang tanah, hazelnat, almond atau kacang rebus pun boleh.

Kajian menunjukkan bahawa makan segelas kacang dalam sehari boleh mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung, dan masalah pernafasan.

Kacang dan bijian juga merupakan sumber serat, vitamin, dan antioksidan yang baik.

Sambil-sambil nonton televisyen dengan anak itu kunyah lah kuaci. Hati senang, anak pun gembira dapat luangkan masa bersama.

BACA>>> Kawal Pemakanan Anak, Ramai Remaja Kini Menghidap Diabetes Jenis 2!

Tidak susahkan nak buat anak gembira dan ceria?

Pastikan peti sejuk kita penuh dengan makanan yang berkhasiat, bukan sedap tapi memudaratkan.

Kena prihatin dengan apa yang kita bagi anak makan. Baik yang mereka makan baik juga yang mereka tunjuk pada kita.

P/S : Kongsikan dengan orang lain juga post ini mungkin mereka pun tidak tahu lagi pasal makanan yang baik untuk anak mereka.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda