ALAT pencegahan kehamilan adalah sangat penting bagi pasangan suami isteri yang merancang kehamilan. Terdapat banyak cara sama ada mengambil pil perancang ataupun memasukkan alat dalam rahim (IUD).

Bagaimanapun, terdapat mitos yang disebarkan di laman sosial tidak benar tentang IUD hingga menyebabkan ramai wanita ragu-ragu untuk menggunakannya.

Berikut adalah mitos dan penjelasan lanjut tentang Alat Dalam Rahim (IUD) yang semua wanita perlu tahu.

BACA>>> Tidak Sedia Hamil, Tetapi Ter… Tip Cegah Hamil Kecemasan Ini Mungkin Membantu

MITOS-MITOS BERKENAAAN ALAT DALAM RAHIM (IUD)

1. IUD BOLEH SEBABKAN KANDUNGAN LUAR RAHIM

Penjelasan: Peluang untuk dapat kehamilan luar rahim adalah RENDAH jika dibandingkan dengan orang yang tidak pakai apa-apa perancangan keluarga, walaupun penggunaan perancangan keluarga yang menyekat ovulasi seperti pil perancang dapat mengurangkan peluang dapat kehamilan luar rahim. Wanita yang pernah ada kehamilan luar rahim boleh menggunakan IUD tanpa was-was.

2. IUD SEBABKAN KEMANDULAN

Penjelasan: Dengan memakai IUD, tidak ada masalah nak kembali subur. Buang saja IUD itu peluang mengandung sama saja macam orang biasa.

3. IUD SEBABKAN JANGKITAN KUMAN

Penjelasan: Pelvic inflammatory disease atau jangkitan kuman pada peranakan disebabkan oleh pasangan seks yang bertukar-tukar dan apa-apa prosedur yang melibatkan rahim, BUKAN disebabkan oleh IUD. Ada risiko kecil kurang dari 1% jangkitan kuman selepas 20 hari IUD dimasukkan, terapi selepas itu kadar untuk dapat jangkitan kuman pada peranakan sama seperti orang tidak pakai IUD.

4. REMAJA SEPATUTNYA TIDAK PAKAI IUD

Penjelasan: Tidak ada had umur untuk sesiapa berminat untuk pakai IUD. Asalkan ada buat hubungan seks boleh pakai!

BACA>>> Ejakulasi Luar Cara Terbaik Cegah Kehamilan untuk Rancang Keluarga?

5. ORANG TIDAK PERNAH BERANAK TIDAK BOLEH PAKAI IUD

Penjelasan: Tidak ada masalah. Beranak 1 ke beranak 10 ke tidak pernah beranak ke boleh pakai IUD. Beranak normal ke beranak C-section pun boleh pakai.

6. IUD HANYA BOLEH PASANG WAKTU DATANG HAID

Penjelasan: IUD boleh dipasang bila-bila masa dalam waktu kitaran haid, dengan syarat wanita itu tidak mengandung.

7. IUD BILA PASANG KENA DATANG PERIKSA SETIAP TAHUN

Penjelasan: Jangan mengarut, macam tidak ada kerja lain nak buat jumpa doktor semata-mata nak check IUD. Tidak perlu jumpa doktor setahun sekali sebagai follow up.

Jangan membawang cakap IUD ini leceh, susah atau bahaya lah kalau diri sendiri pun malas nak membaca.

Dr Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda