PETUA orang dulu, kalau mahu elak penyakit kuning atau jaundis jadi lebih teruk, kita disuruh supaya tidak memakaikan anak kecil dengan baju kuning.

Walaupun tiada kajian membuktikan kebenaran itu, tetapi kita tanpa sedar terbawa-bawa juga petua tersebut. Sebenarnya, memakai baju kuning untuk mengelak jaundis ialah mitos.

Berikut perkongsian jururawat BelNawhen di laman Facebook berhubung perkara berkenaan.

*Status di bawah sudah disunting tanpa menjejaskan maksud kandungan asal penulis. Status sebenar boleh dirujuk pada pautan di akhir artikel. Harap maklum.


“Memakai baju kuning menyebabkan jaundis bayi jadi teruk ialah #mitos. Warna kuning tidak serap ke dalam kulit bayi.

Ia sebenarnya untuk mengelakkan kesukaran mata perawat menilai tahap demam kuning (jaundis) pada bayi.

Warna itu akan mempengaruhi tahap penglihatan jururawat yang melakukan blanching test disebabkan pantulan cahaya ke atas kulit bayi. Dikhuatiri kekeliruan dan kesukaran itu menyebabkan terlepas pandang tahap keterukan jaundis.

Dan juga, banyak kes terjadi, apabila periksa di rumah nampak kuning, tapi apabila rujuk untuk buat ujian darah, keputusan normal.

TANDA- TANDA JAUNDIS?

Tanda Jaundis biasanya jelas kelihatan antara hari kedua dan keempat selepas lahir, biasanya mata dan kulit yang menguning. Kebiasaannya kita akan lihat jaundis kali pertama ialah pada wajah bayi.

Jika keadaan berterusan, kita mungkin lihat warna kuning pada mata, dada, perut, lengan dan kaki.

* Ibu boleh membuat penelitian awal sendiri terlebih dahulu di rumah selepas kelahiran.

Mudah saja, letakkan bayi di bawah cahaya terang mencukupi:

Bayi Kulit Cerah:
Tekan bahagian hidung atau dahi. Lepaskan secara perlahan-lahan. Apabila kesan tekanan jari menghasilkan warna pucat kekuningan, itu tanda bayi kita ada masalah jaundis.

Bayi Kulit Gelap:
Lihat mata putih atau gusi bayi. Apabila wujud kekuning-kuningan pada anak mata putih, itu juga jadi tanda bayi ada masalah jaundis.

LANGKAH PENCEGAHAN?

Antara langkah pencegahan jaundis daripada berlaku adalah memastikan proses penyusuan bayi berjalan lancar.

• Beri susu kepada bayi 2-3 jam sekali termasuk waktu malam.
• Jika beri susu formula, seeloknya berikan bayi susu sekitar 1-2 auns setiap 2-3 jam sekali.
• Elak membiarkan bayi tidur saja kerana apabila bayi tidur, proses penyusuan terganggu.

Jangan ambil ringan apabila:

  1. Air kencing bayi berwarna kuning pekat seperti warna teh O.
  2. Bayi demam, sawan dan badannya mengalami kekejangan.
  3. Najis bayi warna putih bukan kuning seperti bayi lain. Ini bermakna saluran hempedu bayi tersekat.

1 KOMEN

  1. another alternative utk rawatan bayi kuning (jaundice) ialah menggunakan phototherapy rawatan dirumah. Saya pernah menyewa phototherapy utk anak buah yg kena kuning lepas lahir dari satu syarikat bumiputra..sangat berkesan, yg best tidak ada panas dan no side effect pada kulit baby. Mereka menawarkan sewa LED Phototherapy. After 2 days , hospital confirm bacaan jaundice baby turun to normal…Alhamdulilah. Saya share contact bagi siapa yg memerlukan sewa phototherapy.. ..www.hometherapyy.com 0123404007 or 0163404626

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda