SUSU adalah minuman yang sangat penting dan mengandungi banyak manfaat. Minum susu kepada kesihatan bukan sahaja baik kepada kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.

Pengambilannya pada jumlah yang sepatutnya dan tidak melebihi banyak had dapat membantu anak-anak dalam pembelajaran. Oleh itu, adalah elok ibu bapa memberikan anak minum susu sebelum ke sekolah.

BACA>>> Terlebih Minum Susu Beri Kesan Buruk Terhadap Anak?

Minum susu sudah menjadi suatu kebiasaan bagi sebilangan besar rakyat Malaysia. Di barat minum susu adalah suatu kemestian ketika bersarapan.

Saya juga ingin mencadangkan dan menggalakkan agar kita juga mengamalkan pemakanan sihat ini.

MINUM SUSU SEBELUM SEKOLAH ANAK LEBIH FOKUS

Terutama untuk anak-anak kita sebelum ke sekolah. Minum susu ketika bersarapan akan menyebabkan kurang rasa cepat lapar atau lebih lama kenyang.

Selain itu, ia akan menyebabkan anak kita akan lebih fokus dalam pelajaran kerana membekalkan tenaga yang banyak dalam bentuk gula yang lebih kompleks berbanding gula putih.

Ia membekalkan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan saraf (dan otak) bagi membuatkan mereka lebih cergas dan cerdas.

Jika diambil pada waktu malam, ia membantu anak kita untuk mudah tidur. Jadi tidak hairan jika minum susu menjadi tradisi bagi orang zaman silam.

BACA>>> Selepas Minum Susu Anak Mengadu Sakit Perut, Rupanya Itu Tanda Awal Overdose Susu Formula

BERAPA BANYAK SUSU PERLU MINUM DALAM SEHARI?

Bagi anak-anak berusia antara 7-12 tahun, dicadangkan minum segelas susu bersaiz 250ml untuk 2-3 kali sehari.

Remaja 12-18 tahun boleh ambil segelas susu bersaiz 500ml unt 2-3 kali sehari sebagai sumber air dan tenaga untuk mereka aktif.

Seorang dewasa digalakkan ambil susu kuantiti yang sama.

Satu kajian yang dilakukan di Universitas Illinois menunjukkan bahwa remaja dan mahasiswa yang minum susu kurang dari tiga gelas sehari lebih cenderung untuk bermalasan dan rasa cepat letih.

Jika susu sukar diperolehi, minum sekurang-kurangnya segelas sehari
kerana ia membekalkan air dan tenaga serta meningkatkan kesihatan kita.

SUMBER: Dr Zubaidi Hj Ahmad

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda