TEMPOH mengandung merupakan antara detik terindah bagi seorang wanita yang bakal bergelar ibu. Ketika ini, pelbagai tip dan amalan terbaik sewaktu mengandung berusaha dilakukan demi anak tersayang.

Baru-baru ini, Nor Ameera Zaini, 29 yang juga merupakan pengasas Fesyen Muslimah serta pengacara CJ Wow Shop, telah berkongsi beberapa tip yang diamalkan semasa waktu mengandungkan anaknya.

Beliau turut sertakan tip bagi ibu hamil yang mengalami masalah morning sickness yang teruk supaya dapat dijadikan panduan.

PELUANG 50/50

AmbiL satu Al-Quran di bilik mama, terus terbuka page ini, terselit gambar scan Mateen dalam perut dulu, dekat page Surah Maryam.

Ramai yang tanya Meera apa amalan masa mengandung dulu. Meera rasa sama macam ibu-ibu yang lain, sebab Meera pun rujuk ibu-ibu-lain juga. Masa awal-awal mengandung dulu, Meera morning sickness yang teruk and terjadi pendarahan dua kali sampai doktor cakap peluang masa tu hanya 50/50 je.

Alhamdulillah semuanya selamat. Meera baru ada seorang anak rasa tidak layak hendak bagi tip. Jadi Meera sekadar berkongsi sahaja pengalaman Meera ok.

BACA>>>> Rasa Letih Semasa Hamil? Cuba 8 Makanan Ini Supaya Kekal Hidrat dan Bertenaga

PENGALAMAN AMEERA ZAINI KETIKA MENGALAMAI MORNING SICKNESS TERUK

1. Doktor bagi suntikan untuk kuatkan rahim.

2. Meera banyak berbaring sahaja sebab mabuk teruk.

3. Elak makan fast food dan junk food sebab tekak pun memang tidak suka sangat waktu tu.

4. Makan asid folik /obimin/neurogain yang doktor bagi.

6. Minum susu kambing.

7. Amalkan pati delima untuk hilangkan loya.

8. Meera kurang suka kurma masa mengandung jadi Meera ganti dengan kismis.

8. Banyak makan buah-buahan. Meera memang suka sangat makan buah masa mengandung dan sekarang Mateen juga begitu.

9. Suka buah tembikai. Untuk tambah air ketuban, tapi kalau banyak sangat takut diabetic pulak.

 

View this post on Instagram

 

Favourite food masa mengandungkan Mateen. ?? #mengidampulaktetibe

A post shared by AMEERA ZAINI ® (@ameerazaini) on

 10. Minum air kelapa setiap hari masa pada trimester ketiga.

11. Baca dan dengar Surah Maryam Surah Yusuf & Surah Al Baqarah.

12. Doa secara spesifik permintaan kita pada Allah. Minta anak yang sihat, cerdik, menyenangkan hati ibu bapa dan lain-lain.

13. Masa belum ada nama, Meera panggil bayi dalam perut dengan panggilan positif contohnya good morning handsome boy, good morning anak soleh, assalamualaikum anak mommy yang bijak, anak baik mommy sudah bangun ke? Sebab itu pun satu doa kan.

 

View this post on Instagram

 

Penyek mata mommy sebelah. ☺️

A post shared by AMEERA ZAINI ® (@ameerazaini) on

 

View this post on Instagram

 

Pernah tak terkunci pintu, tapi baby dekat dalam? ___ Baru jadi dekat Meera tadi, dah sampai depan rumah dah pun. Mateen masih tidur dalam carseat, lepastu mommy turun nak angkat dia from the side where the car seat was placed, tapi pintu locked! Entahla macam mana boleh auto locked pulak ? Kunci spare ada tapi malam ni we all balik rumah my mom. Punyalah panick lari2 masuk rumah bgtau husband and dia pun panick. Masa tu Meera plan kalau Mateen bangun nak pecahkan je cermin kereta (memang itu yang selalu Meera fikir setiap kali nampak case camni) lepastuuu Nasib baik teringat ada mobile apps yg boleh remote smart car via phone je and fuhhh legaaa. (Depends on car, lain kereta lain apps rasanya) __ To mommies out there harap2 kita alert pasal ni lepas ni. Meera bukan parking pastu g kedai ke tinggal anak, tapi memang dah sampai and nak bawa dia keluar pun. Syukur sangat benda ni jadi sebab lepas ni Meera boleh alert and check dulu kereta sebelum nak turun kereta walaupun untuk few seconds je. Or maybe I should just angkat dia dari dalam je (tapi tadi tangan sebelah kiri tak kuat, that’s why..) Benda nak jadi kan… Lesson learnt

A post shared by AMEERA ZAINI ® (@ameerazaini) on

 

View this post on Instagram

 

Kenapa tak ajak mommy pun senyum tunjuk gigi ni? Hmm __ Scarf #AZPrintSterra @ameerazainiofficial

A post shared by AMEERA ZAINI ® (@ameerazaini) on

 Apa pun kesimpulannya, setiap pengalaman kehamilan itu berbeza. Meera rasa kita semua mesti akan buat yang terbaik sahaja untuk anak dalam kandungan kita.

Meera doakan semua yang baca yang sedang hamil dipermudahkan segala urusan dan untuk yang masih menunggu, teruskan beusaha dan berdoa sebab Allah dah aturkan masa yang terbaik untuk kita semua.

BACA>>>> Benarkah Boleh Mudahkan Kelahiran? Ini 5 Manfaat Minyak Zaitun Untuk Ibu Hamil

BACA>>>> 13 Manfaat Air Kelapa Muda yang Perlu Ibu Hamil Minum

SUMBERAmeeraZaini

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda