KINDER Joy, coklat yang cukup popular di kalangan kanak kanak ini sebenarnya pernah haram penjualannya di Amerika Syarikat.

Kinder Surprise dihasilkan oleh sebuah pengeluar coklat terkemuka yang berasal dari Itali, Ferraro. Produk popular ini didatangkan dalam bentuk telur dan di dalamnya terdapat 2 bahagian iaitu bahagian coklat di luar dan bahagian mainan di dalam.

KENAPA HARAM?

  • Coklat ini diharamkan penjualannya di Amerika kerana ia bertentangan dengan peraturan yang melarang sebarang objek yang tidak bernutrisi diletakkan di dalam makanan kecuali jika ia memiliki fungsi yang berguna.
  • Walaupun ia diharamkan penjualannya di US, coklat tersebut boleh dibeli di negara jiran seperti Canada dan Mexico.
  • Ramai yang cuba menyeludup masuk coklat ini ke US dan akhirnya menerima padah.
  • Sejak 2011, pihak kastam telah berjaya merampas kira kira 60 ribu coklat ini dan pesalah boleh di denda sehingga USD 2500 bagi setiap biji coklat.
  • Akhirnya pada Mei 2017, coklat ini akhirnya diberi diluluskan setelah pengeluar coklat bersetuju untuk mengasingkan coklat dan mainan dan ia di pasarkan sebagai Kinder Joy.

RISIKO TERCEKIK 

  • Pada 2012, FDA mengeluarkan satu lagi amaran mengenai risiko tercekik dan kematian bagi objek asing yang di letakkan di dalam makanan.

“Amaran- produk ini mengandungi bahagian yang boleh menyebabkan kanak kanak tercekik dan tidak sesuai untuk kanak kanak berusia 3 tahun ke bawah”.

  • Di United Kingdom, seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, Jennifer Ashton, maut akibat tercekikakibat mainan yang terdapat di dalam coklat Kinder Joy.
  • Kes yang sama di Perancis, seorang kanak kanak berusia 3 tahun maut akibat tercekik mainan dari coklat tersebut dan telah disahkan maut akibat saluran pernafasan tersumbat.
  • Susulan dari kes tersebut, 3 keluarga yang telah kematian anak akibat tercekit mainan telah berkempen agar coklat tersebut diharamkan di pasaran Eropah.
  • Pihak syarikat menyatakan bahawa ia merupakan satu kemalangan yang tidak dapat di duga.
  • Akhirnya, keputusan pihak Kementerian Perdagangan United Kingdom berpihak kepada syarikat coklat.
  • Selain di Eropah, coklat ini juga di haramkan penjualannya di Chile. Ia berikutan satu undang undang khas yang telah digubal pada tahun 2013 yang melarang sebarang bentuk iklan yang menggunakan hadiah seperti mainan untuk sebagai tarikan kepada pembeli khususnya kanak kanak.
  • Kemudian pada tahun 2016, satu undang-undang Pelabelan Makanan baru memaksa pengeluar makanan untuk memasukkan label memberi AMARAN kepada pengguna mengenai sebarang makanan yang tinggi dalam gula, lemak tepu, sodium, dan kalori.

MIMPI NGERI DI KAUNTER BAYARAN

Di Malaysia, coklat ini bagaikan ‘mimpi ngeri’ yang sering menghantui ibu bapa apabila tiba di kaunter bayaran.

Untuk makluman, bukan sahaja coklat Kinder Joy, segala jenis coklat, minuman ringan dan rokok sememangnya dengan sengaja dipamerkan dan di letakkan berhampiran kaunter bayaran untuk menarik minat pembeli.

Produk produk ini bukan sahaja merabakkan dompet ibu bapa tetapi apa yang lebih penting adalah memberi kesan buruk kepada kesihatan kanak kanak.

Menyedari akan ancaman ini, beberapa pasaraya utama di negara luar seperti Tesco (United Kingdom) dan Woolworths (Afrika Selatan) telah mengambil keputusan untuk melarang jualan coklat dan makanan tidak sihat di rak kaunter bayaran. Rak rak tersebut telah isi dengan buah buahan dan makanan yang lebih berkhasiat.

BUKAN BOIKOT

Artikel ini bukan ditulis untuk memboikot produk Kinder Joy tetapi untuk memberi kesedaran kepada masyarkat mengenai 2 isu iaitu;

  1. Bahaya objek dan mainan yang diletakkan bersama makanan.
  2. Pemasaran produk makanan tidak sihat di kaunter pembayaran

Jika diperhatikan, kesedaran masyarakat luar mengenai kepentingan pemakanan sihat dan selamat telah semakin meningkat. Dengan sokongan dan desakan masyarakat, pelbagai polisi baru di perkenalkan khusus untuk menepis pemasaran produk makanan yang tidak sihat kepada pengguna.

SUMBER: Public Health Malaysia

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda