STRES dan penat bekerja kadangkala menyebabkan kita mudah letih dan menganggu emosi. Melakukan ujian kesihatan boleh membantu anda mengenalpasti risiko kesihatan mental dalam mengelakkan berlakunya pelbagai masalah lain.

Hal ini kerana ada kalanya ramai yang tidak sedar mereka mengalami masalah mental disebabkan persekitaran yang terlalu mencabar. Jadi, apa kata kita cuba ujian kesihatan percuma secara online ini.

Ujian ini bukan saja boleh dilakukan oleh orang dewasa tetapi juga kanak-kanak serta remaja.

Cubalah!

STATISTIK MASALAH MENTAL

Kadar prevalen masalah kesihatan mental terendah adalah dikalangan mereka yang berkahwin (10.5 %) dan tertinggi pula dikalangan mereka yang bercerai (13.6 %) berdasarkan kepada Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Ke-3, 2006)

Manakala, kadar prevalen masalah kesihatan mental dikalangan kanak-kanak dan remaja adalah lebih tinggi dalam kalangan lelaki (21.6 %) berbanding perempuan (19.0 %) (KKMK-III, 2006).

Gangguan mental menyumbang kepada 8.6 % keseluruhan beban penyakit di Malaysia. Ia berada pada kedudukan ke- 4 selepas penyakit jantung iskemik, strok dan septisemia (Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Ke-3, 2006).

BACA>>> Kerap Melabel Boleh Buatkan Anak Menderita Masalah Mental


Check Tahap KEMURUNGAN, ANZIETI dan STRES Anda Dengan Sistem Ujian Kesihatan Mental MyHealth ni.

Saya sudah ambik ujian ini dan hasilnya normal, lihat gambar di komen pertama.

Normal maknanya kemurungan, azieti dan stres tidak berisiko bahaya.

Jika keputusan ‘Sangat Teruk’ maknanya anda perlu mendapatkan bantuan segera.

Ambil ujian di sini -> http://hra.moh.gov.my/#

ADA 6 JENIS UJIAN UNTUK MENILAI TAHAP KESIHATAN KITA

1. Ujian Obesiti
2. Ujian Fizikal
3. Ujian Kesihatan Mental
4. Ujian Tahap Ketagihan Rokok
5. Ujian Diabetes
6. Ujian Jantung

SEBAB APA MYHEALTH SEDIAKAN 6 UJIAN INI?

Kerana 6 risiko ini adalah punca utama penyakit penyakit kronik di malaysia yang semakin lama semakin meningkat. Ini adalah satu dari inisiatif kerajaan untuk mencegah berleluasanya penyakit kronik di kalangan kita.

Ambillah, tidak sampai 5 minit pun. Yang penting jujur masa menjawab.

Ini kesihatan anda sendiri tak akan nak menipu juga.

BACA>>> Selepas Isteri Bersalin, Suami Pun Boleh Hadapi Kemurungan

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda