PADAN MUKA! Itulah antara kata-kata yang dilontarkan kepada warga emas ini apabila dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 2 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan hubungan seks dengan bayi berusia 11 bulan.

Warga emas tersebut telah melakukan perbuatan itu pada 20 Ogos lalu dengan memasukan jarinya ke dalam kemaluan bayi berkenaan hingga mendatangkan kecederaan pada bayi.

Menurut Harian Metro, Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd Kamil Nizam selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya, semalam.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa iaitu anak asuhan menantunya di rumah teres di Seksyen 24 Shah Alam, Selangor kira-kira 4 petang pada 20 Ogos lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, pengasuh yang juga menantu tertuduh memintanya untuk menjaga mangsa kerana ingin keluar untuk menguruskan pembaharuan insuran kereta dan cukai kenderaan.

Apabila pengasuh pulang, beliau mendapati mangsa dalam keadaan menangis dalam buaian dan dilihat ada darah berketul melekat di seluar yang dipakai mangsa, selain mangsa dalam keadaan meneran dan menangis tidak henti.

Pengasuh kemudiannya menghubungi ibu bapa mangsa dan memaklumkan bahawa mangsa berak berdarah. Ibu bapa mangsa kemudiannya mengambil mangsa dari rumah pengasuh dan terus membawanya ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan.

Selepas dirujuk kepada Pakar Obstetrik dan Ginekologi di hospital berkenaan, pemeriksaan mendapati terdapat kesan melecet dan kemerahan di bahagian dalam kemaluan mangsa selain kesan luka baharu sepanjang kira-kira dua sentimeter (cm) menghampiri dubur mangsa.

Keterangan doktor pakar menyatakan kecederaan yang dialami mangsa adalah boleh disebabkan objek tumpul besar yang dipaksa masukkan ke dalam faraj mangsa.

SUMBER: Hmetro

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda