RAMAI pening kepala apabila bercakap hal kewangan. Ya, dalam kehidupan seharian, memang kita tidak boleh lari daripada berdepan seribu satu macam masalah kewangan. Ke mana sahaja kita pergi akan bersabit wang ringgit.

Ada yang dapat tekanan hidup disebabkan masalah kewangan. Ada yang hidupnya gembira disebabkan bijak urus kewangan. Semuanya terpulang kepada diri sendiri untuk mengatur kewangan dan bajet supaya tidak dibelenggu masalah kewangan.

Artikel kali ini ialah mengenai 10 cara terbaik menguruskan bajet peribadi:


  1. Sentiasa periksa bajet yang dibuat. Pastikan segala keperluan penting didahulukan, ada lebihan barulah boleh beli benda lain dalam senarai.
  2. Jika hanya buat bajet tetapi tidak ikut, besar kemungkinan kita berhadapan risiko berbelanja berlebihan.
  3. Pasangan suami isteri perlu sama-sama menyimpan kerana ini menimbulkan rasa tanggungjawab, sama ada terhadap diri sendiri, pasangan dan keluarga.
  4. Pentingkan keperluan berbanding kehendak. Namun jangan terlalu kedekut dengan kehendak anak. Sesekali tunaikan permintaan mereka untuk berikan semangat dan motivasi kepada anak.
  5. Kurangkan aktiviti sosial kerana boleh mendorong pembaziran. Sebaliknya pilihlah bersosial pada hujung minggu sahaja sesekali bersama keluarga. Elakkan bersosial selepas habis waktu kerja bersama rakan kerana boleh menyebabkan ‘bajet lari’.
  6. Jika sudah bergelar isteri atau ibu, rajinlah masak di rumah dan makan bersama keluarga. Rancang hujung minggu sahaja untuk penuhi selera anak dengan makan di luar. Ini bukan sahaja menjimatkan tetapi boleh mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.
  7. Sediakan peruntukan beli insurans kerana kita tidak boleh menjangka apa akan berlaku masa depan. Ini juga boleh menjadi persediaan jika tiba-tiba berlaku kecemasan.
  8. Bagi suami dan ayah, pastinya mahu berikan yang terbaik untuk anak dan isteri. Jika berasaskan gaji diperoleh setiap bulan hanya cukup-cukup sahaja, apa kata cari kerja sampingan yang dapat membantu menambahkan pendapatan. Bagaimanapun, jangan abaikan masa berkualiti untuk anak dan isteri kerana sibuk dengan kerja sampingan.
  9. Mula melabur, tetapi pilihlah pelaburan yang bertepatan dengan syariat agama kerana itu lebih mendatangkan keberkatan.
  10. Mula menyimpan untuk anak. Pernah dengar pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Ini untuk anak menyambung pelajaran dan sebagainya. Ramai terlepas pandang hal ini.

Paling penting, kita mesti pandai kawal nafsu apabila berbelanja. Sediakan bajet bulanan untuk urus duit masuk dan keluar. Elak hutang dan hiduplah ikut kemampuan diri sendiri. Pasti bahagia!

SUMBER: ZikriHusaini

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda