KAMI mahu susu formula terbaik buat si manja. Banyak betul pilihan susu formula di kedai, sampai pening hendak buat pilihan. Agaknya, susu formula mana yang bagus?

Mesti ramai dari kita yang ada masalah di atas. Terutama sekali untuk mak ayah yang baru dapat anak. Ada pula masalah dengan susu ibu.  Terpaksa beri susu formula. Tapi, hendak beli susu tepung pun kena ada ilmu juga.

SENARAI SUSU FORMULA TERBAIK DI PASARAN

1. ENFALAC A+

Ia mengandungi kanji beras untuk bayi yang sering muntah semula apa yang di makan. Kandungan kanji beras dalam susu formula bayi ini membantu memekatkannya untuk mengurangkan risiko anak kita muntah dengan kerap.

Susu ini dirumus dengan gabungan campuran prebiotik seperti GOS dan PDX dan dipatenkan di AS, Eropah, Malaysia, Singapura dan Hong Kong.

Baru baru ini, kita di kejutkan dengan berita mengenai susu enfalac tiruan. Jadi, hati-hati ya semasa BELI susu ni. Pastikan dulu susu yang kita beli asli.

BACA>>>> Dutch Lady 5x DHA: Susu Formula Baharu dengan DHA Tertinggi


2. DUMEX MAMEX

Susu formula Mamez dari Dumex direka khas untuk bayi baru lahir hingga berusia 12 bulan.

Sekiranya anak kita sudah berusia 6 bulan dan ke atas, susu ini harus dilengkapi dengan makanan cerai susu yang berkhasiat seperti bijirin bayi, bubur nasi dan puri buah buahan.

Kita juga boleh berikan isi ikan dan ayam yang diperkenalkan secara beransur-ansur kepada anak. Pastikan kita rujuk doktor dan dapatkan pandangan mereka sebelum memulakan pemberian makanan pelengkap kepada anak.


3. S26 SMA

Ia di diperkaya dengan khasiat seperti Kalsium, Lutein, A-Protein, AA & DHA dan juga 5 Nukleotida.


4. FRISOLAC COMFORT

Frisolac Comfort diformulasikan dengan kacang carob, yang mengandungi serat dengan sifat memekat untuk memberikan bantuan kepada gejala gejala muntah pada bayi, sembelit dan kembung.

Sesuai di gunakan untuk bayi yang menderita masalah ini. Ini adalah antara susu formula untuk bayi sembelit yang terbaik di pasaran.


5. LACTOGEN 1

Susu formula ini dikeluarkan oleh Nestle. Kelebihan utama yang ada pada susu Nestle Lactogen 1 ialah pada harganya.

Ia sanagt berpatutan jika di bandingkan dengan susu langkah pertama untuk bayi dari jenama yang lain.


6. ANMUM INFACARE STEP 1

Susu jenama Anmum memang menjadi pilihan ramai ibu. Kalau minum semasa hamil ambil susu Anmum Materna. Selepas melahirkan anak, kita boleh sambung dengan Anmum infacare untuk anak. Atau jika kita sedang menyusukan anak, boleh minum Anmum Lacta.


7. NAN CARE STEP 1

Susu ini tiada tambahan sucrose dan ada bakteria hidup. Rasanya juga dikatakan hampir sama dengan susu ibu.

SAYA MASIH TIDAK PASTI, MANA SATU YANG PATUT DIBELI?

Paling mudah, kita boleh minta nasihat dari doktor dan pakar pediatrik bayi untuk cadangan susu yang bagus. Tidak kira jenama susu formula bayi yang kita pilih, pastikan semak dahulu tarikh tamat tempohnya.

BACA>>>> Kenali Jenis dan Tip Beli Susu Formula Terbaik untuk Anak

SUMBER: IbuSyurga

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda