USIA tua bukan bermakna wanita tidak boleh hamil. Selama ini kita selalu dengar, ‘makin tua, makin susahlah peluang untuk hamil’. Tapi kali ini, ibu ini buktikan, ‘makin tua, makin menjadi!’ Hehehe…

Biasanya, usia terbaik untuk hamil ialah ketika kita memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menjaga anak. Tetapi lain pula ibu-ibu ini, mereka cukup berani membuktikan bahawa usia bukan penghalang mereka melahirkan zuriat.

Berikut 12 ibu yang melahirkan anak pada usia tertua di dunia:


1. DALJINDER KAUR

Pasangan ini menimang cahaya mata pertama pada 2016. Daljinder, ibu tertua di dunia melahirkan bayinya ketika berusia 72 tahun, dansuaminya 79 tahun. Hebat!


2. RAJO DEVI LOHAN

Wanita dari India ini melahirkan anak bongsunya pada usia 69 tahun. Hingga kini, beliau dan bayinya sihat dan tiada sebarang masalah kesihatan.


3. ELIZABETH ADENEY

Elizabeth ialah ibu yang melahirkan bayi pada usia tertua di Britain. Beliau melahirkan bayinya ketika berusia 65 tahun. Hingga kini, Elizabeth selalu dijemput berkongsi pengalamannya di rancangan televisyen dan radio.


4. BHATERI DEVI SINGH 

Pada usia 66 tahun, Devi melahirkan 3 bayi kembar. Ketiga anaknya sihat dan membesar seperti bayi normal.


5. ADRIANA ILIESCU

Adriana melahirkan bayinya pada 2005 pada usia 66 tahun. Wanita Romania ini berusaha hamil dengan melakukan prosedur IVF selama 9 tahun. Pada mulanya, beliau hamil kembar tiga. Malangnya, seorang bayi meninggal semasa dalam rahim, dan bayi kedua meninggal ketika dilahirkan.


6. OMKARI PANWAR

Omkari telah melahirkan bayi kembar (lelaki dan perempuan) ketika berusia 70 tahun. Malangnya, Omkari meningal dunia 3 tahun selepas bersalin akibat masalah kesihatan.


7. MARIA DEL CARMEN BOUSADA DE LARA

Wanita Sepanyol ini melahirkan bayi kembar pada usia 66 tahun menerusi prosedur IVF. Menurut Maria, ibunya hidup hingga usia 101 tahun, dan beliau beranggapan bahawa dia juga mendapat genetik ibunya.


8. VALENTYNA PIDVERBNA

Valentyna melahirkan anak pertama dan terakhir ketika berusia 66 tahun.


9. ANNEGRET RAUNIGK

Wanita Jerman ini melahirkan 4 bayi pada usia 65 tahun. Menurut Annegret, beliau sangat sayang kepada kanak-kanak dan tidak akan berhenti mencuba untuk hamil. Hingga kini, beliau sudah mempunyai 17 anak.


10. MEMNUNE TERYAKI

Wanita ini berusaha selama 35 tahun untuk hamil. Akhirnya beliau berjaya melahirkan anak sulungnya pada usia 62 tahun.


Apa agaknya rahsia ibu ini ya? Adakah ini hanya sekadar nasib dan kebetulan? Kami juga masih tergamam memikirkan rahsia mereka. Bagaimanapun, tiada apa yang mustahil di dunia Allah ini.

Baca juga artikel penjelasan dari Doktor Imelda Balchin tentang risiko hamil bagi wanita berusia 40 an di >>> Doktor Beri Penjelasan Boleh atau Tidak Wanita 40 Tahun Hamil?

SUMBER: WoJournals

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda