“BOSANNYA kena berpantang ni! Ini tak boleh makan, itu tak boleh makan. Tak percayalah semua ni boleh buat aku sihat”.

Sebenarnya ramai saja ibu yang langsung enggan mengikut amalan berpantang cara tradisional. Memang kesannnya kita tidak rasa sekarang, tetapi setahun selepas bersalin, mulalah sakit urat, menggigil kalau tersalah makan, dan paling teruk boleh menyebabkan kita meroyan!

Ibu lepas bersalin perlu makan makanan dan minuman sihat bagi membantu menyembuhkan luka dalaman, memberikan ketenangan dan menyihatkan tubuh badan. Tetapi bab memilih makanan pula, mesti berhati-hati supaya nanti luka bersalin tidak gatal, bernanah dan menyebabkan pelbagai masalah lain.

Jom semak jenis makanan yang boleh diambil sepanjang tempoh berpantang?

1. SAYUR-SAYURAN

  • Brokoli
  • Semua jenis sawi
  • Lobak merah
  • Batang saderi
  • Peria
  • Tomato
  • Pegaga
  • Serai
  • Halia

2. IKAN

  • Jenahak
  • Tenggiri
  • Selar
  • Bilis
  • Merah

3. BUAH-BUAHAN

  • Anggur
  • Kismis
  • Kurma
  • Delima
  • Epal

4. MINUMAN

  • Air suam
  • Air rendaman kurma
  • Air akar kayu
  • Air pegaga
  • Air bunga ros
  • Air rebusan kurma cina

MAKANAN PERLU DIELAK 

Ibu berpantang mesti mengelak mengambil senarai makanan di bawah ini.

1. IKAN DAN DAGING

  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan sembilang
  • Daging ayam
  • Daging lembu
  • Telur

2. MINUMAN 

  • Air sejuk
  • Air gas
  • Kopi

3. SAYUR-SAYURAN

  • Kacang botol
  • Petai
  • Kubis
  • Petola
  • Timun
  • Terung
  • Labu
  • Keladi
  • Pucuk ubi
  • Pucuk paku
  • Rebung

4. BUAH-BUAHAN 

  • Langsat
  • Durian
  • Cempedak
  • Berangan
  • Tebu
  • Rambutan
  • Jambu
  • Nangka
  • Ubi kayu
  • Ubi keledek
  • Durian
  • Tembikai
  • Manggis
  • Pisang
  • Nanas
  • Jambu
  • Pear

Elakkan juga makan makanan yang berlemak, berminyak dan berangin. Mesti jaga betul-betul kalau hendak sihat dan cantik seperti sedia kala. Oh ya, kepada yang hendak merawat masalah selulilit selepas bersalin, jom cuba 8 Tip Kurangkan Selulit Lepas Bersalin Guna Bahan Semula Jadi.

Selamat menjalani tempoh berpantang dengan selamat buat semua!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda