Boy picking nose with finger.

TABIAT anak kecil mengorek hidung dan kemudian makan sisa lombongan itu bukan lagi tabiat pelik. Mungkin rasa geli dan mual apabila terfikirkan pasal tabiat tersebut. Tetapi tahukah anda tabiat itu berikan kesan baik?

Menurut kajian, tabiat mengorek dan makan tahi hidup memberikan manfaat kepada gigi. Aduh, macam mana pula tu?

BAGAIMANA TAHI HIDUNG BAIK UNTUK GIGI?

Berdasarkan kajian yang diterbitkan Pusat Maklumat Bioteknologi Kebangsaan (NCBI) di Amerika Syarikat (AS), kanak-kanak yang memakan lendiran kering hidung (tahi hidung) mendapat banyak manfaat kepada kesihatan gigi mereka.

Tahi hidung yang mengandungi lendiran air liur akan bertindak menghalang bakteria yang menyebabkan kaviti pada gigi. Hasil kajian itu, penyelidik kini sedang berusaha menghasilkan lendiran sintetik dalam bentuk gula-gula getah atau ubat gigi.

MANFAAT LAIN KEPADA KESIHATAN?

Kajian lain juga mendapati bahawa tahi hidung turut memberikan kesan lebih efektif bagi menentang jangkitan pernafasan, ulser perut dan HIV.

Makan tahi hidung bukan saja melindungi bakteria tetapi kajian menunjukkan tabiat mengorek hidung boleh membuatkan individu itu lebih gembira dan sihat.

KENAPA KANAK-KANAK DIGALAKKAN MAKAN TAHI HIDUNG?

Pakar Paru-Paru Australia, Profe Friedrich Bischinger berkata, kanak-kanak sangat digalakkan mengorek dan memakan tahi hidung dengan kerap kerana baik untuk kesihatan badan.

Menurutnya, makan sisa-sisa kering pada hidung adalah cara baik untuk menguatkan sistem imun badan kanak-kanak. Tambahnya lagi, dari segi sistem imun, hidung ialah penapis yang banyak bakteria terkumpul. Apabila campuran (tahi hidung) tiba di usus, ia berfungsi seperti ubat.

NEGATIF TENTANG KOREK HIDUNG

Bagaimanapun, Ahli Otorinolaringologi Dr Erich Voigt menentang kajian tersebut dan berpendapat mengorek tahi hidung tidak elok buat kanak-kanak kerana menyebabkan kuman masuk ke dalam hidung dan menyebabkan rongga hidung luka atau berdarah.

Menurutnya, perbuatan mengorek hidung boleh memberi kesan tidak baik kepada kanak-kanak dan boleh memudaratkan apabila berlaku pendarahan serius ke atas hidung.

“Bekalan darah ke hidung sangat banyak kerana ada lima arteri. Apabila berlaku luka atau pendarahan kuat, kanak-kanak boleh kehilangan banyak darah.

Apa pula kata anda? Mahu ikut fakta Prof Bischinger atau Dr Voigt?

SUMBER: HuffingtonPost.ca

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda