SEORANG pelajar universiti berusia 18 tahun meninggal dunia disebabkan kanser perut di Taiwan, baru-baru ini.

Apa yang menyayat hati dan perlu dijadikan pengajaran adalah punca kematiannya.

Pelajar itu menghidap kanser perut disebabkan sikapnya yang suka makan mi segera setiap hari pada waktu malam.

BACA>>> Apakah Kesan Buruk Kanak-Kanak Makan Mi Segera?

Menurut Berita SeeHua Taiwan, remaja itu mula makan mi segera setiap hari sejak dia memasuki universiti dan telah berlaku untuk beberapa tahun.

Dia mula merasa sakit dimulai dengan rasa mual, kembung dan sakit perut dan semakin bertambah teruk.

Selepas mendapatkan pemeriksaan, dia disahkan menghidap kanser perut tahap 4 dan peluangnya untuk sembuh agak tipis.

Remaja tersebut akhirnya meninggal dunia selepas setahun melawan kanser perut yang semakin teruk.

Berikutan tragedi yang dilaporkan secara meluas dan menjadi viral, seorang ahli onkologi di hospital di mana remaja itu dirawat, Dr Yan Jiarui mendesak Taiwan untuk mengurangkan pengambilan mi segera serta makanan jeruk dan daging merah kerana semuanya boleh dikaitkan kepada kanser.

BACA>>> Awasi 11 Tanda Anak Anda Mungkin Mengidap Kanser

SUMBER: NST

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda