COKLAT ialah makanan kegemaran ramai orang, terutama kanak-kanak. Ramai ibu bapa risau apabila anak mereka sukakan coklat kerana dikhuatiri menyebabkan masalah kesihatan. Namun, benarkah coklat berbahaya untuk bayi dan kanak-kanak?

Selain kesan negatif, coklat juga ada kebaikan untuk kanak-kanak.

  1. Membantu fungsi otak – sebatian semula jadi dalam coklat membantu meningkatkan fungsi memori dan keupayaan meningkatkan kognitif umum.
  2. Membantu sistem peredaran darah – makan dalam kuantiti biasa meningkatkan prestasi jantung dan saluran darah.
  3. Membantu mengurangkan kerosakan sel – coklat kaya dengan antioksidan dapat meminimumkan kerosakan semula jadi sel dan meningkatkan kecekapan pelbagai fungsi sel.
  4. Boleh meningkatkan mood – Coklat merangsang pengeluaran neurotransmitter yang dipanggil endorfin untuk mencipta perasaan kebahagiaan dalam seseorang.
  5. Mengurangkan tahap kolesterol – penggunaan coklat boleh mengurangkan kadar kolesterol LDL (buruk) dan meningkatkan kolesterol HDL (baik).

Masa dan cara terbaik perkenalkan coklat kepada bayi?

Masa sesuai berikan coklat kepada bayi ialah pada usia 24 bulan kerana ketika itu sistem penghadaman sudah terbina sempurna untuk memproses makanan tanpa reaksi buruk.

Pakar Pediatrik menyarankan susu coklat kerana ia ialah bentuk paling selamat kepada bayi. Ini kerana setiap bancuhan sepaket susu coklat hanya mengandungi 5mg kafein bagi setiap 8oz (226gram) berbanding 160mg dalam coklat  biasa dalam kuantiti sama. Anda juga boleh memilih susu formula perisa coklat untuk bayi dengan gula rendah, tanpa perisa tambahan dan kaya nutrisi.

Masa yang perlu dielakkan beri coklat?

Jarang berlaku kesan buruk dengan pemberian coklat sederhana kepada bayi. Namun, ibu bapa perlu mengelakkan memberikan coklat dalam beberapa keadaan.

  1. Sebelum tidur – Walaupun dalam kuantiti sedikit, ia akan menyebabkan bayi sukar tidur. Jadi, elakkan beri susu perisa coklat atau apa juga bentuk coklat.
  2. Sindrom ganguan usus (IBS) – IBS ialah keadaan akut berupa kembung perut kronik, kejang perut dan perubahan mendadak dalam tabiat usus. Coklat ialah salah satu makanan utama yang boleh mencetuskan gejala IBS dan tidak boleh diberikan kepada bayi yang didiagnosis dengan masalah ini.
  3. Penyakit Asam Lambung (GERD) – Coklat boleh bersifat berasid, dan mencetuskan refluks asid ke atas bayi dengan GERD.

Kepada ibu bapa yang ada anak alahan terhadap makanan dan terbukti secara klinikal, anda mesti berhati-hati berikan coklat. Anda boleh berunding dengan pakar pediatrik sebelum memperkenalkan coklat kepadanya.

SUMBER: MomJunction.com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda