IBU yang rajin sama ada dalam menguruskan hal rumatangga menjadi contoh yang baik kepada anak-anak. Namun, bila baca perkongsian ini rasanya semua ibu mahu masuk dalam kategori mak malas.

Menurutnya, anak-anak mak kategori ini pandai berdikari kerana ibu telah mengajar anak melakukan semua perkara dengan sendiri.

Jom kita baca perkongsiannya…

BACA>>> Dr Sheikh Muszaphar Kongsi 15 Tip Didik Anak Sejak Kecil

MAK RAJIN VS MAK MALAS

Pagi-pagi lagi, mak rajin sudah bangun dan siapkan sarapan. Mak rajin akan pastikan sarapan terhidang di atas meja panas-panas. Anak-anak bangun terus menghadap meja makan.

Mak malas pula, bangun pagi-pagi mulutnya sudah becok bangunkan anak-anak solat Subuh berjemaah. Kemudian dikerahkan semua anak-anak menyiapkan sarapan dan makan bersama.

AJAR BUAT SENDIRI

Mak rajin akan menyiapkan semua keperluan anak. Mak rajin pantang anak-anak buat silap. Ada saja tak kena pada matanya. Perfectionist.

Mak malas tidak kisah anak buat silap, yang penting anak betulkan silap dan buat lebih baik. Baginya, anak mesti buat SENDIRI.

BACA>>> Lakukan 15 Tip Ini Supaya Tidak Stres Didik Anak

BAHAGIKAN KERJA PADA ANAK-ANAK

Mak rajin cukup tangkas kemas rumah, layan tetamu, cuci pinggan mangkuk. Mak rajin kasihkan anak, mahu anak happy, bermain puas-puas. Katanya, anak kecil lagi…

Mak malas akan bahagikan semua tugasan kepada anak-anak. Yang kecil tugasnya sentiasa pastikan ruang tamu kemas, bantal kecil tersusun di sofa. Yang lelaki diajarnya sukatan betul untuk membancuh air. Yang besar tugasnya mencuci pinggan dan gelas selesai tetamu pulang.

Anak-anak mak malas, sampai berkunjung ke rumah orang pun, basuh pinggan dan cawan sendiri. Ishhhh!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda