TREND ibu bapa membawa anak-anak ke panggung wayang di negara ini bukanlah perkara baru. Malah ia juga sudah menjadi kebiasaan ibu bapa moden!

Mak Ayah semua tahu tak? Perbuatan itu bukan sahaja mengundang ketidakselesaan pada penonton lain tetapi juga ia mendatangkan bahaya kepada bayi tersebut.

Berikut adalah perkongsian yang akuan Facebook Baby Language tentang bahaya membawa anak ke panggung wayang yang semua ibu bapa perlu ambil tahu!

Trend ibubapa bawa bayi ke panggung wayang: Anda sedar atau tidak, ia merbahaya?

Screenshot pertama ialah balasan mesej dari GSC cinema Malaysia kepada saya sendiri. Dua screenshot terakhir adalah pengakuan pekerja panggung wayang luar negara.

Keduanya mengesahkan hal yang sama: panggung wayang BUKAN tempat buat anak di bawah 2 tahun.

Faktanya, pendedahan lama (anggaran lebih 2- 8 jam) kepada bunyi melebihi 85db-90db sangat berisiko buat pendengaran ORANG DEWASA apatah lagi buat anak kecil. (sumber: hearinglosthelp.com).

Untuk rekod perbandingan bunyi, penyedut hampagas sekitar 70db, perbualan biasa 60db dan gergaji elektrik ialah 110db. Bunyi wayang? Owhh… sangatlah banyak tingginya dari itu.

Ok pasti ada yang akan berkata, ‘Saya biasa je bawa baby gi wayang.Ok je tak de apa…’
Soalannya, menonton wayang ini aktiviti ‘dambaan’ siapa? Ibubapa bayi atau bayi?

Tiada manfaat khusus aktiviti menonton wayang kepada anak kecil di bawah 2 tahun kepada perkembangan atau stimulasi pancaindera mereka. Taman permainan, taman rekreasi, ‘outdoor nature theme park’, pantai, gym kanak-kanak dan mana-mana tempat yang memberi anak peluang mengunakan keseluruhan derianya untuk ‘berada’ di dalam situasi itu, YA ini aktiviti yang berhak mereka dapatkan. Duduk menonton wayang? Ini untuk kanak-kanak yang lebih besar dan orang dewasa.

Jika anda benar-benar perlukan ‘me time’ untuk menonton wayang, tinggalkanlah anak kecil anda sementara waktu kepada penjaga yang di percayai. Ini lebih baik dan selesa bukan saja buat anda, tetapi kepada orang lain juga.

SUMBER: Baby Language

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda