TIDUR yang cukup adalah sangat penting dalam perkembangan bayi dan kanak-kanak. Sebab itu, ibu bapa perlu mengambil berat tentang waktu tidur anak.

Untuk mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti, ibu bapa disaran untuk tidak melakukan 5 perkara ini, yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif dalam perkongsiannya di Facebook. Semoga bermanfaat buat ibu bapa semua.

BACA>>> Kenapa Penting untuk Anak Tidur Awal?

Jangan Buat 5 Benda Ini Pada Bayi Sebelum Masuk Tidur!

1. TERLALU BANYAK GELETEK DAN BERGURAU

Perkara ini semua akan mengaktifkan sympathetic nervous system secara berlebihan. Itu sebab ada yang bayi jadi susah nak tidur.

2 atau 3 jam sebelum tidur kita kena jadikan suasana sekeliling bayi senyap dan tenang. Barulah bayi kita jadi lebih mudah terlelap.

2. LUPA SENDAWAKAN BAYI SEBELUM TIDUR

American Academy of Paediatrics ( AAP ) sendiri yang syorkan ibu bapa sendawakan baby setiap kali lepas menyusu walaupun baby nampak tenang dan tidak meragam sebab kita tidak tahu berapa banyak udara yang terperangkap dalam perut bayi.

Antara tanda baby kita minta disendawakan adalah bila baby tu meragam lepas minum susu sebab udara yang ikut tertelan masa menyusu akan menyebabkan rasa penuh dan tidak selesa pada bayi kita.

Kita sendiri pun susah nak tidur kalau perut penuh angin kan. Apatah lagi bayi kecil.

3. WAKTU TIDUR SELALU BERTUKAR DAN TIDAK TETAP

Bayi seawal umur 12 minggu pun mula dipengaruhi oleh circadian rhythm. Circadian rhythm ini lebih kurang macam jam semulajadi yang ada dalam badan anak kita.

Makin tidak tentu waktu tidur anak kita (irregular bedtime) makin kacau circadian rhythm anak. Kalau hari ini tidur pukul 10 malam, esok lusa pun kena tidur pada waktu yang sama. Baru lah anak kita mudah lelap.

4. BERGADUH DEPAN ANAK

Walaupun anak kita tidak respon bila kita bergaduh dengan pasangan tetapi sentuhan kita dalam keadaan resah gelisah itu boleh dibaca oleh anak kita.

Anak kita boleh tahu emosi kita melalui cara sentuhan dan nada suara kita. Kita nak jadikan anak kita setenang mungkin sebelum mereka tidur supaya tidur anak kita jadi lebih lena.

BACA>>> 13 Cara Tidurkan Anak Lebih Lena Setiap Malam

5. JANGAN LETAK ANAK DEPAN TV

Jangan letak anak depan TV sebelum nak tidur walaupun tengah ada rancangan CJ Wow Shop yang best!

Nanti anak jadi susah mengantuk sebab pendedahan pada cahaya daripada TV menyebabkan penghasilan hormon melatonin anak kita jadi kurang. Makin kurang hormon tersebut, makin tidak mengantuk anak kita.

P/S : Jangan main-main dengan tidur kerana tidur yang tidak lena dan berkualiti boleh beri kesan kepada perkembangan otak anak kita.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda