RAMAI ibu bapa keliru hendak memilih mainan yang sesuai dengan umur anak, walhal apa yang penting ialah masa yang kita luangkan bersama mereka .

Patalogis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim berkata, perkara penting ketika bermain dengan anak bukanlah mainan, tetapi detik ibu bapa bermain bersama mereka yang banyak membantu perkembangan komunikasi terbaik.

* Status di bawah disunting mengikut skema penulisan kami tanpa menjejaskan maksud sebenar kandungan asal. Status asal boleh dibaca pada pautan di akhir artikel. Harap maklum.


5 TIP MEMILIH MAINAN

Kanak-kanak belajar dengan bermain tapi bermain yang macam mana?

Pemilihan permainan yang tepat akan membolehkan kanak-kanak mempelajari skill yang sepatutnya.

Banyak skill yang boleh diajarkan melalui bermain seperti:-

  • Kemahiran berfikir
  • Kemahiran menyelesaikan masalah
  • Kemahiran motor
  • Kemahiran sensori
  • Kemahiran bahasa
  • Kemahiran sosial
  • Kemahiran berkomunikasi
  • Keyakinan diri

dan banyak lagi sebenarnya. Baca tip- tip memilih mainan pada gambar di bawah ya!

1. KATAKAN TIDAK PADA MAINAN BERBATERI

Mainan berbateri memang best sebab kita tidak payah berusaha sangat untuk mainan itu bergerak dan hasilkan bunyi. Tetapi mainan yang mmpunyai bateri akan mengehadkan pembelajaran kanak-kanak kerana mereka hanya perlu lihat sahaja dan tidak perlu buat bunyi serta tidak perlu menggerakkannya.

Tanpa bateri, kanak-kanak boleh belajar menggerakkan mainan tersebut seperti menolak, menekan, menarik dan ini melatih kemahiran motor. Selain itu, mereka juga boleh buat bunyi seperti brooomm, meow, pop, mooo dan lain-lain. Ini boleh mnggalakkan mereka melatih kemahiran asas bercakap iaitu buat bunyi dulu dan nanti baru sebut perkataan.

Jika sudah ada mainan yang ada bateri tiada masalah. Cabut saja bateri dan mainlah secara manual.

2. MAINAN BIASA-BIASA SAJA

Mainan biasa-biasa ini maksudnya kita tidak perlukan mainan yang berteknologi tinggi, mainan terkini atau mahal. Tetapi mainan klasik yang kita biasa main mampu banyak membantu kanak-kanak.

Contohnya, mainan masak-masak, kereta, set haiwan, blok, LEGO, dan barang rumah seperti kusyen, sudu, dan cawan pun boleh digunakan kerana mainan seperti ini ialah jenis ‘open ended’. Maksudnya tiada kesudahan kerana boleh dimainkan dengan pelbagai cara, bila-bila masa dan selama mana pun yang kita hendak.

Contoh: Main kereta. Kereta tidak semestinya kita tolak sajakan? Kita boleh buat naik bukit, turun bukit, letak orang atas kereta, boleh jalan laju/perlahan, boleh berhenti dan lain-lain.

Selain belajar banyak perkataan, kanak-kanak boleh jadi kreatif dengan berfikir untuk cara bermain yang pelbagai. Kalau anak tidak tau, kita tunjukkan macam mana.

3. BERGERAK

Galakkan anak bergerak ketika bermain sebab boleh membantu minda mereka lebih aktif berfikir. Tetapi bergerak dengan ada hala tuju ye.

Tidak perlu keluar rumah pun, dalam rumah pun boleh. Kita boleh main panjat kusyen, lalu bawah meja yang dijadikan terowong, duduk bawah selimut, lompat atas tikar getah dan macam-macam lagi.

Tidak perlu spesifik mainan pun untuk buat semua ini. Dan banyak yang boleh anda ajar seperti:

  • Pergerakan dan koordinasi badan.
  • Boleh belajar berfikir dan selesaikan masalah.
  • Belajar bahasa seperti nama aksi, kedudukan atas, bawah dan lain-lain.

Jadi bergerak bersama anak kita.

4. MAINAN SEDIKIT LEBIH BAGUS

Memang kanak-kanak akan sangat gembira apabila tengok banyak mainan, tetapi sedikit mainan lebih baik. Maksudnya bukan tidak boleh sediakan banyak mainan kepada anak tetapi keluarkan dan gunakan sedikit saja mainan pada satu-satu masa.

Jika mainan terlalu banyak, ia sebenarnya mengganggu fokus kanak-kanak, terutama kanak-kanak yang ada masalah untuk fokus.

Mereka akan main mainan ini sekejap, selepas itu tukar pula mainan lain dan belum sempat habis sudah tukar mainan lagi. Jika ini terjadi, macam mana kanak-kanak mahu belajar fokus dan kekalkan fokus mereka dalam jangka masa tertentukan?

Jadi, keluarkan mainan secara berperingkat ialah lebih baik dah habis main, simpan dan keluarkan set baru.

5. ANDA IALAH MAINAN TERBAIK

Dan yang paling penting ialah bukan mainan itu, tetapi dengan siapa kanak-kanak itu bermain.

Seperti diterangkan di atas, kita boleh gunakan macam-macam mainan seperti pinggan, cawan, kertas, kotak, sudu, bantal, kerusi dan lain-lain pun boleh. Kita hanya perlu kreatif dan jadi seperti kanak-kanak, dalam kata lain tidak perlu ‘skema’ sangat bila bermain.

Bermain dan berinteraksi dengan anak ialah asas pembelajaran komunikasi paling berkesan.

Just play and have fun together...

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda