LELAKI ialah golongan yang suka berahsia tentang soal hati dan perasaan. Ada masa, memang sukar mahu mentafsirkan sama ada mereka suka ataupun tidak mengenai sesuatu perkara itu. Mereka memang tidak suka orang lain mengetahui apa yang ada dalam hati.

Namun, walaupun berahsia, ada beberapa hal yang boleh dicungkil mengenai apa yang mereka mahu dan rahsia mereka mengenai wanita. Jika kita tahu rahsia ini, pasti kerja memikat hati lelaki jadi lebih mudah!


1. PARAS DAN TUBUH BADAN CANTIK

Tanyalah mana-mana lelaki, majoritinya pasti suka melihat wanita yang cantik dan mempunyai susuk tubuh yang menawan. Namun, kita perlu bersikap positif kerana cantik itu terlalu subjektif.

Setiap lelaki ada cara penilaian mereka yang tersendiri. Jadi, apa kata kita jaga kulit wajah daripada sebarang masalah kulit. Itu sudah cukup!


2. JUJUR DAN BERTERUS TERANG

Satu perkara yang cukup dibenci oleh kaum lelaki ialah ditipu dan tidak jujur. Lebih-lebih lagi apabila ia berkait dengan manusia.

Cara goda lelaki dengan betul sebenarnya ialah kita perlu bersifat jujur dan jangan ada yang cuba-cuba menipu tanpa sebarang sebab munasabah. Jika ada masalah, bawa berbincang dengan baik supaya si dia boleh memahami keadaan dan situasi kita.


3. TERIMA SEADANYA

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain ‘terimalah lelaki sebagai sediakala’. Terimalah dia sebagai lelaki dan bukanlah mengubahnya. 

Jika mahu ubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin kita tidak suka.


4. FAHAMI LELAKI AGAR DIA MEMAHAMI KITA

Cuba fahami perangai seorang lelaki kerana si dia juga sedang menyesuaikan perangainya dengan diri kita.

Ia adalah lebih baik dripada cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ia tidak sesuai dengan kita. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya.


5. BERUBAH UNTUK MENIKMATI PERUBAHAN

Sekiranya mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, kita tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.

Kita hanya boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada kita. Kita juga perlu sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk seorang lelaki juka berubah untuk memperbaik dirinya.


6. JANGAN CEPAT MENYERAH

Ketika dalam proses berkenalan dan berkawan, jangan cepat menyerah kepada lelaki tersebut. Sebaliknya, kita perlu jual mahal sedikit dan biarkan dia berusaha untuk memikat juga.


7. JANGAN BANDINGKAN SI DIA DENGAN LELAKI LAIN

Kalau mahu memikat lelaki secara serius, jaganlah bandingkan si dia dengan lelaki lain atau mungkin bekas kekasih.


8. DUNIA LELAKI BERBEZA DARI WANITA

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki.


Tapi ingat, jika lelaki yang kita suka itu tidak suka pada kita, janganlah bersedih lama-lama. Kumbang bukan seekor. Masih banyak yang berterbangan di langit sambil sambil meneliti bunga mana yang mahu dihingap.

Dalam banyak-banyak kumbang, pasti ada seekor yang boleh mencintai dan menerima diri kita seadanya. 🙂

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda