RAMAI ibu masa kini sudah sedar betapa pentingnya mengamalkan pengambilan jamu dan herba untuk kembali langsing dan sihat selepas bersalin. Malah, masyarakat Melayu sejak turun temurun memang meyakini pengambilan herba semula jadi dapat membantu memulihkan kesihatan badan selepas bersalin.

Artikel kali ini akan berkongsi 2 resepi istimewa yang diamalkan keluarga saya. Boleh dikatakan, ibu dan saudara perempuan saya rata-rata badan mereka tidak berlemak dan sihat walaupun sudah berusia.

KELEBIHAN MINUM AIR KUNYIT

Banyak kelebihan jika mengamalkan minum air kunyit sepanjang tempoh awal berpantang. Pertama, air kunyit baik untuk mencuci darah kotor dalam peranakan atau rahim. Malah, membantu merawat luka selepas bersalin dan membuang sisa darah kotor yang berbaki dalam rahim.

Apabila darah kotor sudah habis keluar, badan akan rasa lebih bertenaga dan kulit akan jadi kemerah-merahan. Memang betul, selepas darah kotor hilang, kulit memang lebih berseri.

Air kunyit turut membantu mengelakkan rasa sejuk tapak kaki ketika ibu berpantang kerana aliran darah berjalan lancar. Badan rasa suam-suam dan selesa.  Ibu cuma perlu minum air kunyit ini untuk tempoh 3 hari selepas pulang hospital.

BACA>>>> Amalan Bertangas Bantu Wanita Kekal Awet Muda?

RESEPI AIR KUNYIT 

Bahan-Bahan:

  • Ibu kunyit (3 ketul)
  • Halia (2 inci)
  • Secubit garam kasar
  • Lada sulah atau lada putih (3 biji)
  • 1 gelas air kosong

Cara Penyediaan:

  • Tumbuk semua bahan (kecuali air) hingga halus dan masukkan ke dalam mangkuk.
  • Kemudian campurkan air kosong ke dalam mangkuk.
  • Ramas ramuan yang ditumbuk hingga sebati dengan air.
  • Tapis air kunyit dan buang sisa hampas.
  • Sedia untuk diminum (air kunyit memang tidak sedap. Ibu perlu tutup hidung untuk minum air ubat ini).

KELEBIHAN AIR MANJAKANI 

Air manjakani juga satu lagi ramuan herba semula jadi yang baik buat ibu lepas bersalin kerana dapat membantu mengecutkan saluran peranakan ibu.

RESEPI AIR MANJAKANI

Bahan-Bahan:

  • Manjakani 3 biji
  • Kunyit hidup 4-5 ketul
  • Air kosong 6 cawan

Cara Penyediaan:

  • Rebus kedua-kedua bahan dalam setengah jam
  • Simpan dalam botol
  • Boleh diminum beberapa kali

Bagaimanapun, ibu tidak disarankan minum air kunyit atau manjakani ketika bayi mengidap kuning. Herba dan jamu bersifat panas, cuba elakkan ambil jamu kerana boleh menyebabkan kuning bayi bertambah teruk. Selamat mencuba!

BACA>>>> Rugi Tidak Cuba! Wanita Cina Ini Kongsi Resepi Jamu D.I.Y Untuk Nampak Awet Muda

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda