Mungkin cara kita peluk anak selama ini tidak betul. Itu yang anak makin keras dan melawan!

Anak yang tidak rasa dicintai dan disayangi memang akan lebih keras dan suka melawan. Padahal kadang-kadang kita sayang saja anak anak kita tapi rupa-rupanya mereka TAK DAPAT RASA.

Kita sayang saja tapi mungkin mesej itu tidak sampai pada anak kita!

Mungkin salah kita sebab kita tidak belajar cara terbaik untuk MEREKA RASA apa yang kita rasa.

BACA>>> 22 Cara Mudah Didik Anak Cara Islam, Guna Teknik Psikologi

CARA PELUK ANAK YANG BETUL

Sini saya nak kongsi cara peluk yang betul:

1. BAIKI DULU EMOSI KITA

Jangan pergi peluk anak masa kita tengah stres melampau. Ambil deep breathing dulu dan ambil nafas daripada perut untuk tenangkan emosi.

2. MELUTUT DULU, BIAR MATA KITA DAN ANAK SELARAS ATAU 1 LEVEL

Masa ini kalau kita ada buat salah pada anak pun, kita boleh saja minta maaf. Tidak jatuh pun darjat mak ayah kalau minta maaf pada anak.

3. JANGAN PELUK ANAK DENGAN PAKSAAN

Kalau anak jenis susah nak bagi peluk atau rimas kena peluk, pandai-pandai la cari cara untuk pujuk mereka. Alih fokus dan perhatian mereka pada benda di luar sana. Tunjuk pada anak kita tu kereta tengah melintas ke, burung berterbangan ke atau si ayah tengah berdengkur ke.

BACA>>> Pelukan Mak Ayah Ibarat Ubat Penenang Anak. Inilah Sebabnya…

4. Dah berjaya peluk anak, samakan bahagian dada kita dengan dada anak kita. Rapatkan dada kita sampai bertemu dengan dada anak kita.

5. Ingat tau, jantung kita yang dada itu ada electromagnetic fields yang kuat yang boleh dikesan sejauh beberapa kaki daripada badan kita!

6. InsyaAllah dengan cara pelukan yang betul, anak kita akan lebih tenang dan dia akan boleh rasa yang dia disayangi.

7. Senakal mana anak pun kalau dipeluk mereka akan kalah kerana keinginan untuk dipeluk itu adalah FITRAH TERINDAH mereka!

SUMBER: Taufiq Razif

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda