SEORANG ibu yang koma selama 23 hari sedar selepas bayi yang dilahirkan secara ceasarean itu diletakkan buat pertama kali di atas dadanya.

Amanda Da Silva, 28 dari Fortaleza Brazil koma selepas diserang sawan ketika usia kandungannya memasuki 37 minggu yang didakwa berpunca daripada pergaduhan dengan suaminya.

BACA>>>Kenali Peribadi Anak Mengikut Waktu Lahir

Bagi menyelamatkan Amanda dan bayi dalam kandungannya, doktor terpaksa memberi sedatif kepadanya dan mengeluarkan bayinya, Victor menerusi pembedahan Ceacarean pada Februari lalu.

Komplikasi yang berlaku selepas prosedur itu menyebabkan Amanda diletakkan dalam keadaan koma untuk menstabilkannya.

Manakala, anaknya yang lahir seberat 2.1 kilogram ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Selepas beberapa minggu berlalu, seorang jururawat meletakkan Victor buat pertama kali di atas dada Amanda.

Sesuatu yang mengejutkan berlalu apabila jantung Amanda berdegup laju dan air matanya mengalir di pipi.

Menurut jururawat, Fabiola Sa , Amanda menunjukkan perkembangan positif selepas pertama kali memegang anaknya.

“Kami tidak ada jawapan saintifik untuk menjelaskan apa yang berlaku. Tetapi, kita tidak boleh menafikan kepentingan sentuhan antara ibu dan bayi,” katanya.

Sebaik bangkit dari koma, Amanda berkata, perkara pertama yang dia ingat sejurus sedar dari koma adalah Victor berada dalam dakapannya.

BACA>>> Kenali 5 Masalah Kulit yang Sering Dialami Bayi Pramatang

SUMBER: Sinar Harian

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda