STRES bahagian ‘miss v’ sudah lebam dan longgar! Sudahla longgar, warna pun sudah bertukar lebam kehitaman…adakah miss v saya akan terus kekal begini sebaik sahaja kita telah melahirkan anak? Risau pasangan akan sedar dengan perubahan pada vagina ini?

Pengalaman hamil dan melahirkan adalah berbeza bagi setiap individu. Begitu juga dengan proses pemulihan selepas bersalin. Sekiranya anda bersalin normal, tentunya akan berlaku perubahan pada faraj akibat regangan faraj yang kuat daripada proses melahirkan.

Bagaimanapun, jangan lah terlalu takut dan risau ya, bahagian miss v kita akan pulih. Proses pemulihan memerlukan masa terutamanya jika anda juga mengalami episiotomi semasa peringkat kedua kelahiran, melainkan anda mengalami kesan koyakan selepas bersalin (seperti 3 degree atau 4 degree).


5 PERUBAHAN PADA FARAJ SELEPAS BERSALIN

1. WARNA 

Faraj anak dara mestilah berbeza dengan wanita yang sudah bersalin. Selepas bersalin, bahagian vulva dan labia akan berubah menjadi gelap.

2. LEBIH LEBAR DAN LONGGAR

  • Faraj menjadi lebih longgar, lebam, bengkak dan lebih luas selepas bersalin.
  • Memerlukan masa 6 hingga 8 minggu untuk pulih sepenuhnya.
  • Bagaimanapun, anda boleh mempercepatkan pemulihan dengan mempraktikkan senaman kegel.
  • Senaman ini mudah dilakukan dan boleh dilakukan dengan bila-bila masa sahaja.
  • Caranya, kemutkan faraj anda sebagaimana anda berhenti membuang air kencing atau air besar. Lakukan selama 10 saat dan ulang sebanyak 10 kali. Lakukan antara 4 hingga 6 kali sehari.

3. TERKENCING SEMASA BATUK

  • Sukar mengawal air kencing disebabkan pangkal pundi kencing yang lebam dan luka semasa bersalin.
  • Jangan risau kerana selalunya ia akan beransur pulih selepas 2 hingga 3 minggu tetapi anda boleh mempercepatkan proses pemulihan dengan mengamalkan senaman kegel setiap hari.

4. TERASA KERING

  • Ia disebabkan oleh penurunan hormon estrogen dengan mendadak selepas kelahiran.
  • Ini menyebabkan kekeringan faraj dan ketidakselesaan semasa seks, lebih-lebih lagi apabila wanita menyusukan badan.
  • Rawatan pemulihan boleh dilakukan termasuk penggunaan ubat pelincir yang berasaskan air.
  • Amalkan minum air secukupnya. Sekiranya ia berterusan, sebaiknya jumpa doktor.

5. RAHIM TERASA JATUH

  • Rasa yang kerap terjadi di kalangan wanita selepas bersalin adalah rahim dan organ pelvis seperti jatuh ke bawah.
  • Gejala lebih ketara di kalangan yang sudah kerap bersalin atau mereka yang sudah beranak ramai.
  • Ia disebabkan oleh otot pelvis yang lemah dan faraj longgar selepas bersalin dan sukar untuk menahan rahim anda dari turun.
  • Amalkan senaman kegel dengan rutin dan makan makanan berprotien tinggi untuk membantu memulihkan otot-otot pelvis dengan cepat.
  • Pemakanan suplemen seperti multivitamin juga disarankan.

APA PATUT SAYA BUAT?

Sekiranya masalah ini berterusan selama beberapa bulan selepas bersalin, sebaiknya dapatkan nasihat doktor.  Rawatan yang sesuai adalah fisioterapi faraj atau rawatan menggunakan laser untuk mengetatkan faraj.

SUMBER: MotherHood

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda