TOMPOK atau selaput putih atau ‘oral thrush’ pada lidah bayi mungkin dianggap normal sebab bayi minum susu. Tetapi tahukah anda jika dibiarkan, lama-kelamaan ia boleh merebak ke selaput lendir di bahagian pipi bayi.

Selaput putih ini berpunca daripada susu, susu formula atau jangkitan kulat. Awas, pastikan putih pada lidah bayi itu bukan akibat jangkitan kuman. Jika tompok putih itu boleh dicuci dengan air atau kain lembap, itu hanya tompok susu. Sebaliknya, kalau susah dicuci, segera bawa berjumpa doktor.

Ada beberapa langkah yang boleh dibuat untuk mencuci tompok atau kesan putih pada lidah bayi:

  1. Selepas selesai menyusu, bersihkan bahagian mulut bayi dengan sedikit air kosong.
  2. Gunakan kain lembap (lampin bayi) atau kain kapas steril dan gosok perlahan-lahan pada bahagian mulut bayi.
  3. Jika bayi menggunakan puting, pastikan puting itu kerap dicuci. Rendam puting dalam air panas (3-5 minit) sebelum berikan kepada bayi.
  4. Jika bayi minum susu formula, berhenti beri susu pada malam sebelum tidur (jika berat badannya ideal).
  5. Jika berat badan bayi tidak ideal, beri susu formula tetapi berikan juga minum air putih dan cuci mulutnya selepas minum susu.

BOLEH BERJANGKIT KEPADA IBU?

Menurut NHS Choices, jangkitan kulat susu boleh berjangkit pada payudara ibu melalui penyusuan badan. Antara simptom ibu terkena jangkitan ialah rasa sakit ketika menyusu, puting berubah warna atau merekah.

CEGAH TERKENA JANGKITAN KULAT SUSU

  • Sterilkan mainan, puting kosong, pam susu ibu dan puting susu bayi dengan kerap. Baca tip cuci botol susu dengan cara betul di pautan ini: Bagaimana Cara Cuci Botol Susu Dengan Betul.
  • Cuci tangan dengan bersih setiap kali selepas menukar lampin bayi. Gunakan pencuci tangan khas (hand sanitizer) untuk mematikan kuman.
  • Pastikan tangan kita bersih sebelum berikan susu badan.
  • Bersihkan mulut bayi setiap kali selepas menyusu atau minum susu.

Semoga bermanfaat! Sekiranya ada tanda mencurigakan pada bahagian mulut bayi, segera bawa berjumpa doktor.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda