PERNAH tak lihat lidah kanak-kanak bercorak seakan-akan peta dan berwarna kemerahan? Bagi ibu yang pertama kali mengalami situasi ini sudah pasti panik dan takut.

Jangan risau, keadaan lidah ini tidak berbahaya kepada kanak-kanak dan lebih dikenali sebagai Geographic Tongue.

BACA>>> Lidah Bayi Putih Mungkin Petanda Kena Kulat!

APA ITU GEOGRAPHIC TONGUE

Geographic tongue pada bayi ini adalah keadaan lidah yang berbenjol kecil dan berwarna merah muda halus. Ia nampak seperti gumpalan di kawasan lidah dan kemerahan seperti ‘pulau’. Ia boleh sembuh tapi akan merebak di kawasan lidah yang lain pula.

Walaupun geographic tongue pada bayi kelihatan seperti menakutkan, tapi ia tidak meninggalkan sebarang masalah kesihatan atau kesan sampingan yang berpanjangan pada bayi.

Ia juga TIDAK ada kaitan dengan jangkitan dan kanser. Namun, anak mungkin jadi tidak selesa. Si kecil mungkin sensitif terhadap beberapa makanan yang mengandungi garam atau rempah.

Bagaimanapun, geographic tongue tidak mempunyai sebarang bukti kajian ke atasnya, namun ia kemungkinan kerana kekurangan vitamin B pada tubuh.

SIMPTOM DAN GEJALA GEOGRAPHIC TONGUE 

  • Penampilan lidah seperti berpeta dan bertompok lembut.
  • Merah dan luka pada lidah.
  • Berasa sakit pada lidah (dalam beberapa kes saja)

Pakar Padiatrik akan melihat keadaan lidah dan kebanyakan kes yang mempunyai masalah ini tidak memerlukan ujian perubatan ke atasnya.

Anda juga tidak perlu risau kerana geographic tongue pada bayi ini tidak akan mengganggu cita rasa anak dalam makanan.

Namun, jika anak kecil tidak rasa selesa, doktor hanya akan meletakkan gel antihiastamin atau steroid bagi bantu kurangkan rasa tidak selesa itu.

BACA>>> 7 Pembohongan Ibu Bapa Tentang Anak Ketika Jumpa Doktor

BILA PERLU SAYA BAWA ANAK BERJUMPA DOKTOR?

  • Jika geographic tongue pada bayi berlanjutan sehingga 10 hari, mungkin bantuan perubatan diperlukan.
  • Hubungi hospital terdekat sekiranya anak alami masalah pernafasan, lidah membengkak, masalah percakapan, sukar menelan atau mengunyah.

BAGAIMANA CARA MENCEGAHNYA DARIPADA TERJADI 

  • Elakkan memberi makanan pedas, berasid dan masin.
  • Berbincang dengan doktor tentang pemberian vitamin dan suplemen pada anak.
  • Ubat gigi yang tiada bahan tambahan bagi kurangkan rasa tak selesa.

Masalah geographic tongue pada bayi ini akan hilang dan sembuh sendiri. Namun, anda perlu sentiasa memastikan mulut dan lidah bayi dalam keadaan yang bersih selepas makan atau minum susu.

SUMBER: AsianParent.Com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda