BARU-BARU ini tular tentang tip penyembuhan batuk berkahak anak menggunakan hirisan bawang yang diletakkan dihadapan kipas.

Bawang sememangnya mempunyai khasiat yang boleh memberikan manfaat kepada kesihatan individu.

Tetapi adakah tip ini sebenarnya boleh digunapakai? Mari kita baca artikel penuh ini yang menerangkan tentang tip dan petua tersebut dan khasiat bawang kepada kesihatan tubuh badan untuk pengetahuan semua!

BACA>>> Ada Masalah Kesihatan? Amalkan Makan 6 Ulas Bawang Putih Panggang


Persatuan Bawang Kebangsaan Nafikan Bawang Menyembuhkan Penyakit!

Perkongsian santai PHM di petang ahad ini berkenaan tip bawang dihadapan kipas.

1. Menurut Persatuan Bawang Kebangsaan (US), tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan fungsi hirisan bawang untuk merawat dan mencegah penyakit. 
*Betulll!! Persatuan Bawang memang wujud!

2. Untuk makluman, tip yang telah dikongsikan lebih dari 2500 netizen ini berasal dari kepercayaan masyarakat sejak tahun 1500 lagi.

3. Pada ketika itu, hirisan bawang diletakkan di dalam bilik untuk mencegah wabak Plague, iatu sejenis wabak penyakit yang menyebabkan kematian hampir 200 juta manusia ketika itu!

4. Penggunaan hirisan bawang ini berasal dari teori Miasma, iaitu teori kesihatan purba yang percaya ‘udara kotor’ merupakan punca kepada penyebaran penyakit berjangkit. Masyarakat ketika itu percaya, udara malam merupakan udara yang merbahaya dan perlu dielakkan.

5. Teori Miasma telah terbukti TIDAK TEPAT selepas penerokaan sains dan teknologi semakin berkembang. Punca sebenar yang menyebabkan jangkitan penyakit telah ditemui iaitu berpunca dari kuman.

6. Selain dari hirisan bawang yang diletakkan di dalam bilik untuk membersihkan udara didalam bilik, amalan popular yang melibatkan penggunaan bawang adalah dengan meletakkan hirisan bawang di dalam sarung kaki dan dipakai semalaman.

Tip ini juga telah dibuktikan dengan kajian saintifik TIDAK berkesan.

KHASIAT BAWANG

Bagaimanapun, bawang merupakan sejenis sayur sayuran yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

  • Bawang kaya dengan Flavonoids yang mempunyai fungsi anti kanser dan anti radang.
  • Bawang juga merupakan sumber vitamin C yang baik dan baik untuk fungsi imun badan.
  • Ia juga baik untuk kesihatan rambut dan kulit. Vitamin c merupakan bahan penting dalam penghasilan kolagen.
  • Apa yang menarik, dalam satu pengumpulan hasil kajian pada tahun 2010, pengambilan bawang (yang kaya dengan organosulfur) boleh melindungi dari penyakit jantung.

Khasit bawang ini hanya di perolehi sekiranya anda MAKAN bawang, BUKAN meletakkan bawang di kipas!

TIP ALAMI UNTUK MERAWAT BATUK DAN SELSEMA

Gejala batuk dan selsema biasanya berpunca dari virus. Untuk jangkitan virus, anda TIDAK perlukan antibiotik.

Berikut kami kongsikan beberapa tip untuk merawat gejala batuk dan selsema secara alami dan telah terbukti berkesan.

  • Minum teh dengan limau dan madu.
  • Ambil sesudu madu asli
  • Minuman panas yang dicampur hirisan halia dan madu

BACA>>> 7 Tip Rawat Selsema Dan Batuk Bayi Semua Ibu Bapa Wajib Tahu!

ADAKAH PENGGUNAAN HIRISAN BAWANG SEBAGAI RAWATAN BATUK DAN SELSEMA MERBAHAYA?

Selain mengakibatkan bau kurang nyaman dan memedihkan mata, tip menggunakan hirisan bawang untuk merawat gejala batuk dan selsema adalah TIDAK merbahaya.

Fakta dan info kami kongsikan, pilihan sentiasa di tangan anda!

SUMBER: Public Health Malaysia

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda