JADI suri rumah sepenuh masa bukan perkara mudah buat isteri. Terus terperuk dalam rumah menguruskan kehidupan keluarga tanpa rehat boleh menyebabkan isteri jadi ‘mummy meltdown’ juga.

Sebab itu tidak salah jika cik abang semua prihatin terhadap isteri dengan memberinya cuti rehat sehari supaya dia boleh keluar dan bersosial bersama kawan sesekali. Namun, tidak ramai suami ambil tahu sambil mengganggap isteri tidak perlu semua itu kerana tidak pernah meminta.

Jadi, apa kata kita baca perkongsian kenalan Facebook, Akhtar Syamir yang menceritakan tentang bagaimana dia membiarkan isteri keluar bersama rakan tanpa banyak soal.


‘ME TIME’

Sayang, boleh tak hari ini sayang nak keluar dengan Kak Risz dan Ana? Anak-anak sayang bawa sekali, Ana pun bawa Aiman.”

Belum sempat dia sambung, saya dah cakap “Boleh sayangku, jaga diri baik-baik, jaga anak-anak.

Kenapa saya terus benarkan tanpa banyak soal? Pergi mana pun tak tahu, balik pukul berapa pun tak tahu. Tapi main bagi saja.

Kerana saya nampak ini sebagai peluang. Peluang untuk beri isteri saya dapat sedikit sebanyak ‘ME TIME’ yang boleh. Saya sedang bekerja, jika tidak saya sendiri akan jagakan anak-anak untuk dia. Lagipun saya kenal dengan ipar-ipar isteri saya itu.

Apa sebenarnya ‘ME TIME’ ni ye?

‘ME TIME’ ialah situasi pasangan kita mendapat masa terluangnya SENDIRI dan dia bebas melakukan apa yang dia mahukan. Terpulang jika dia nak bawa anak atau tak nak. Pilihan terletak di tangan isteri tetapi mengikut kesesuaian keadaan juga. Kalau suami tengah bekerja macam mana nak tolong jagakan anak ye tak?

Sehebat mana pun kita biasa dengar pasal QUEEN CONTROL, sebenarnya kes di mana isteri tidak mempunyai kuasa untuk bersuara atau menentukan apa-apa dalam hidup ialah amat banyak. Cuma kita saja tidak tahu sebab isteri yang diperlakukan sebegini jarang berkongsi kerana tidak mahu mengaibkan suami dan diri sendiri.

Senario seperti, suri rumah atau isteri bekerja tidak boleh melakukan aktiviti lain selain mengemas rumah dan memasak selain menguruskan suami dan anak sahaja. Sebaliknya suami bebas mempunyai masanya sendiri seperti berjumpa kawan, memancing, berkonvoi kenderaan, bersukan sendiri di gim dan hobi lain sambil meninggalkan isteri di rumah yang setia menanti cinta hatinya pulang daripada ‘ME TIME’ mereka.

Soalan seperti “Abang boleh, kenapa sayang tak boleh? Sayang pun nak keluar dengan kawan / ipar / adik beradik jugak” bakal disangkal dengan perkataan, “Awak tu isteri orang, anak pun dah berderet, duduk rumah jaga anak je, itu tanggungjawab awak, nak keluar buat apa?”

Amatlah kasihan apabila terjadi perkara sebegini kerana pasangan menutup rapat mata dan telinga tentang betapa pentingnya ‘ME TIME’ buat isteri.

Kenapa penting? Kerana kita sebagai suami belum tentu mampu buat apa yang isteri kita buat SETIAP HARI.

Jangan bohong jika ada suami berbangga berkata mereka boleh menggantikan SEMUA tugas Isteri. Sehari mungkin, dua hari sudah mengeluh, seminggu sudah tension, sebulan sudah naik gila. Memang sangat penat. Kita kadang-kadang nampak senang kerana mereka hebat dan cekap membuat kerja-kerja itu.

Ambil contoh basuh berak anak saja. Bukan semua lelaki mampu. Itu tak masuk bab beri makan anak. Kalau anak tak nak makan, terus kita biarkan saja. Sedangkan kalau isteri bagi, mesti dipaksanya habis sepinggan.

Salah satu komponen dalam ‘ME TIME’ ialah rehat. Isteri kita perlukan rehat. Penat weh jadi suri rumah sepenuh masa. Penat juga jadi suri rumah DAN bekerja. Bagilah mereka rehat juga. Mungkin ada kata, ‘saya tak perlukan ME TIME, saya nak spend masa dengan anak dan suami je”. Bagus juga begini, tetapi itu pilihan anda. Keluarga kita, kita corakkan BERSAMA. Bukan daripada suami sahaja.

Komponen lain ‘ME TIME’ ialah bersosial. Apabika dengar perkataan ini, saya jamin ramai suami yang sudah mula marah. Bersosial tidak salah. Jika perkara buruk terjadi dari bersosial, orang itu sendiri yang perlu dipersalahkan. Bukan konsep bersosial tu. Bersosial dalam kawalan ialah amat baik kerana isteri meluangkan masa bersama adik-beradik, kawan dan ipar yang kita kenal. Mereka tersangat perlukan benda ini. Bayangkan hari-hari menghadap muka kita dan anak-anak saja. Sedangkan kita pergi kerja dapat juga jumpa kawan-kawan. Janganlah pandang negatif perkara ini kerana ia amat memberi manfaat kepada isteri kita.

Akhir sekali ialah minat dan hobi. Kita sebagai suami ada minat dan hobi kita. Ada yang minat bermotor, kereta, memancing, gim, tengok bola, futsal, bowling dan lain-lain. Kalau boleh, kenapa kita anggap isteri kita tak perlu semua itu? Isteri pun manusia jugakan?

Saya bukan nak ajar macam mana nak uruskan rumah tagga. Cuma saya nak bukakan mata yang selama ini tertutup. Harap jangan salah faham dan buang ego itu jauh-jauh. Kita bukan sentiasa betul. Termasuklah saya sendiri.

Berilah ‘ME TIME’ kepada isteri. Mereka layak dan perlukannya. Mesti mereka seronok dapat keluar bersama rakan perempuan dan buat aktiviti perempuan yang kita sendiri sebagai lelaki mungkin tidak faham. Tahan ke nak menunggu berjam-jam mereka window shopping? Belum tentu kan?

Hasilnya, anda akan hidup dalam keluarga yang harmoni, toleransi dan Isteri yang happy. Saya selalu tekankan.

Isteri yang happy = Keluarga yang happy.

Dan konsep “Kebebasan yang terkawal” perlu diterapkan. Ia umpama bermain layang-layang, bebas tetapi masih setia dengan pemegang benang.

Saya doakan semoga keluarga kita semua sentiasa bahagia sampai bila-bila.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda