SELEPAS empat hari menghilangkan diri, lelaki yang diburu kerana disyaki mendera anak tirinya sehingga meninggal dunia, Khairul Izaini Khairuddin, 31, atau dikenali sebagai ‘Boy Tiger’, akhirnya ditahan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek ditahan pada jam 11 pagi tadi di Hospital Kajang.

MELAWAT ISTERINYA DI HOSPITAL

Katanya, ketika itu suspek mahu melawat isterinya, Noraini Samian, 20, yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selepas melahirkan anak.

“Ketika ditahan, suspek yang berusia 31 tahun sedang melawat isterinya yang mendapatkan rawatan di sana.

“Difahamkan, wanita berusia 20 tahun yang turut dicari polis itu mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selepas melahirkan bayi lelaki di sebuah homestay di Hulu Langat, awal pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

BACA>>>> Polis Diraja Malaysia Akan Pantau Pusat Jagaan Kanak-Kanak Untuk Elak Kes Dera

SUAMI ISTERI DITAHAN

Gambar via MalaysiaGazette

Fadzil berkata, selain suspek lelaki itu, polis turut menahan wanita berkenaan untuk siasatan bagi kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suami isteri berkenaan akan direman pada esok hari dan bayi mereka diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk penjagaan sementara,” katanya.

Menurut Fadzil, selain kes membabitkan kanak-kanak tiga tahun berkenaan, Jabatan Siasatan Jenayah Selangor turut menyiasat dua lagi kes penderaan kanak-kanak di Kajang mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ANAK USIA 3 TAHUN MAUT DIDERA

Jumaat lalu, NSTP melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Muhammad Khairil Akmal Abdul Rahman, maut dipercayai akibat didera.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas 30 minit dihantar ke Hospital Ampang oleh bapa tiri serta ibu kandungnya.

Susulan itu, bapa tiri serta ibu kanak-kanak berkenaan kemudian melarikan diri dan diburu polis.

BACA>>>> Pengasuh Zara Juga Harus Dihukum, Pengajaran Buat Semua – Persatuan Pengasuh

SUMBERBHarian

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda